Interpretasi Lagu Pokok – Meet Uncle Hussain / Hazama

19 12 2011

Lagu : Pokok
Penyanyi : Meet Uncle Hussain/ Hazama

Tersesat malu bertanya
Tak tahu tak tahu ke mana
Terlalu banyak alasannya
Ku terdiam
\\ Tidak tahu atau kurang faham tetapi malu untuk mendapatkan tunju ajar dari yang pakar

Menyusur di kaki lima
Terlihat bayang wajah kelmarin
Tersentuh hati bagai luruh
\\ Teringat akan demonstrasi jalanan

Chorus
Tanya sama pokok apa sebab goyang
Jawab angin yang goncang
\\ Sesuatu yang berlaku ada sebabnya

Terbang burung terbang
Patah sayap diduga
\\ Perjuangan memerlukan pengorbanan
Seandainya rebah
\\ Seandanyai kita diuji dengan masalah,
Kau masih ada
\\ Tuhan tetap bersama kita @ Kita masih lagi bernafas

Terlalu mahu dan mahu
\\ Kita mahu berbangga dengan projek raksasa
Terlupa apa yang perlu
\\Tapi kita lupa dengan bebanan rakyat biasa
Terlalu banyak alasannya
\\ Terlalu banyak jawapan untuk menrasionalkan sesuatu perbuatan
Duduk terdiam
\\ Tiada tindakan proaktif

Tak mudah namun tak susah
Terserah atas pilihan
Tersentuh hati mula luruh
\\ Pilihanraya dah dekat !

Ulang Chorus

Kau masih ada
Kau masih ada
Kau masih ada
Kau masih ada
\\ Tuhan tetap bersama kita @ Kita masih lagi bernafas

Terlalu mahu dan mahu
Terlupa apa yang perlu
Terlalu banyak alasannya
Duduk terdiam

Tak mudah namun tak susah
Terserah atas pilihan
Tersentuh hati mula luruh

Nota :
Ini adalah interpretasi penulis yang mungkin tidak melambangkan maksud sebenar penulis lirk.

Demi Cinta oleh :
http://fairuzhafeez.wordpress.com

Disglamer : Artikel ini bebas untuk diforwardkan / diterbitkan di dalam mana-mana blog atau forum. Terima kasih kepada yang mengekalkan keseluruhan artikel dan memberikan kredit. Sebelum ini saya telah mengforwardkan interpretasi ini kepada beberapa Yahoogroups dan mungkin ketika proses “forward-mengforward” itu telah berlaku beberapa cantasan.





Murtad di Malaysia – Satu Puisi : Jangan Kau Lari

3 11 2011

Jangan Kau Lari

kau hilang punca
keliru
terbenam dalam kelam
mencari cahaya yang palsu

dalam kebuntuan
kau kutip
kunci-kunci
yang silap
membuka mangga-mangga
pegangan sekian lama

jangan lari
dan terus berlari
sedang langkahmu
makin ke kanan kiri

ini titian
tak mungkin kesepian
lurus dan kudus

ini titian
tujuan kehidupan
dua kalimah rahsianya

sebelum ianya berakhir
ingatlah di mana kita bermula
sebelum jauh,

pulanglah dan melangkahlah kembali
bawah naungan awan
dengan kenyataan
bukan pelarian

fairuz hafeez
02112011

“Barangsiapa menyerupai sesuatu kaum maka ia akan dibangkitkan bersama kaum itu.” (riwayat Abu Daud)





Hudud – Abang Mat Said jugok hok sedak !

26 09 2011

Utusan Malaysia, Isnin, 26 September 2011 muka surat 5 (Dalam Negeri) melaporkan Datuk Seri Ahmad Said berkata, sebaliknya, ‘percakaran’ antara kedua-dua parti embangkang itu hanya gimik politik.

Bagi saya hanya Mat Said yang boleh berfikir di luar kotak. Mungkin ramai yang terlupa dalam Perjanjian Pakatan Rakyat isu hukum hudud tidak timbul lagi (bagi saya sekurang-kurangnya bagi tempoh 5 tahun pilihanraya walaupun Pakatan Rakyat memerintah). Dalam Buku Jingga pun tidak disebut pelaksanaan hukum Hudud.

Nampak sangat Utusan Malaysia cuba memanaskan isu tersebut dengan tajuk utama “DAP ugut Pas”. Maka nanti banyaklah pihak menyokong tindakan DAP termasuk sebahagian penyokong UMNO (yang tidak bersetuju pelaksanaan Hudud walaupun hanya diimplementasikan ke atas orang Islam melalui Mahkamah Syariah).  Bila tarikh PRU telah ditetapkan, saya merasakan satu rundingan besar akan diadakan antara pemimpin-pemimpin Pakatan Rakyat yang akan mengeluarkan resolusi seperti berikut : -

“Pakatan Rakyat bersetuju Hudud tidak akan diimplementasikan di Malaysia. Walaubagaimanapun di negeri-negeri yang majoriti besarnya orang Islam seperti Kelantan dan Terengganu, satu kajian terperinci tentang pelaksanaan Hudud akan dibuat bagi menentukan sama ada Hudud boleh diwartakan dengan syarat ia hanya meliputi orang Islam sahaja.”

Nah ! Bagi saya, Abang Mat Said jugok hok sedak. Tinggi daya analisanya dan tetap dalam pendirian dan prinsip. Bagi penyokong UMNO yang mahukan hok lame atau hok baru  menggantikan Mat Said, fikirlah, UMNO Terengganu akan jatuh terduduk dalam PRU akan datang tanpa orang seperti Mat Said.





Mantik (Logic) – New Song from Fairuz Hafeez (Coming Soon)

19 08 2011

Want to contribute (funds) for this project
Contact me or drop a comment
Payment can be made through PayPal and M2U

Music (Guitar) by http://fiverr.com/users/ripeart/gigs/add-a-professional-guitar-bass-or-piano-recording-to-your-song

Need fund for mastering, TQ !

MANTIK (LOGIC)

[Verse I]
The blue sky is not the mark
There will be no rain to be splashing
Dry, parched, arid land (the sign)
For people who think (making analysis)

[Verse II]
Not that he and they
You’re frustrated and suffer
Know yourself, know all the other
The answer is there

[Chorus]
Embroidery dreams in reality
Pursue fantasy in the virtual
Many people are hypocritical
Full of tricks, without fatigue
Want you to lose

Life is like chess field
Already many have failed
Nourishing your soul, purify your hearts
By the logic, with the logic
through the logic

[Solo]

[Verse III]
Not everyone should go to war
But everyone must fight
Use common sense and trusts
For the love of the One True God

[Verse III]
There will be a time
Come hungry and thirsty
Appeared scared and nervous
Let’s not easy to admit defeat

[Repeat Chorus]

Songs: Mohd Fairuz Mat Zin (fairuzhafeez.co.cc)
Lyrics: Pawaka (pawaka1.blogspot.com)





Fairuz Hafeez – Quotes of The Day

22 03 2011

‎”The real gift is when you forget but the receiver is not”
-Fairuz Hafeez-

‎”Jika anda mentertawakan keaiban orang lain, anda sebenarnya mentertawakan keaiban sendiri!”
-Fairuz Hafeez-

‎”Bumi ini bulat. Jika anda fikir anda di atas, anda juga sebenarnya di bawah. Begitu juga hidup anda !”
-Fairuz Hafeez-

‎”Ayam yang bisa terbang akan terlupa rebannya”
-Fairuz Hafeez-





Sajak Hulu Terengganu – Munoh I

14 02 2011

Munoh, tunang akauh,
Lime tahaung lepah
Akulah ak mujor benor mung buleh masuk U kat koloppo
Mung buktikang utok urang uluh pun cergah mulek
Bella lah bahang buduh,
jeraing,
poyok pung
Kita bukang base dok rok cetong

Mung ingak dok lagaih?
Mung ingak dok lagaih mase aku hantor mung
naik muto hunda lampuh bulat
nok ke jemba steseng bas tanjung dang 3 kalaih muto mapuh,
tu pung mujur dok jatuh ratta

Pah beli tiket bas kita terai eskreng gureng kak batu burauk
stambung akuh wih nasihak ke mung,
Bukang guene, akuh takaut mung saloh baroh
nge ngikaut perangai pelik-pelik ak dok juruh
Takaut mung kene kacer shok
( riyut mulut akuh nok sebul)
Kejaut dengang pelikkan suasane barauh
Koloppo tuh kang,
Macang–macang peseng urang ade
Macang-macang tepat galok, tepat jugait, tepat tugok arok
Macang-macang keh raguk, samung, puko, rugol
Pindek kate, macang-macang ade !
Mung angguk, mung jangjaih wat peranga juruh,
Mung kate mung akang belajor mulek
Nangih ketor kediraih mung mase tuh
Pah melilaih hingauh sedaih nok tingga ke akauh

Ahhh .. itauh dulauh

Munoh,
bekah tunang akuh,

Tahaung lepas,
Mung balik jugge kappung heh,
lepah setahung dok balik-balik,
Balik pung sebak nok tinguk mok mung sakait,
Chee! … mung balik dengang urang laki naik kite sport,
tapaih bak pe mung wat dok nahu je
mase akauh serepok ngang mung kat pala jambatan
metang-metang akuh irait ke biraih mok aku,
mung malauh nok pandang ke akauh
Mase Timoh adaik akauh ato lauk rumoh mung
Die kate mung malauh doh nok cakak ulauh,
Mung spiking berabauk,
Timoh dok pahang setabauk
Mulaik-mulaik nama munoh mung tukkor jadaih Muna pulok

Malang tuh jugok,
dok dang dok dang nok balaik laluh
Akuh tahauh la mung keje gajaih beso
Tapaih ingak-ingaklah ataik ke mok mung toh,
Mujo adaik mung Napi pindek hok kije sumil ade sinaing
Die la hok tulong care kecing berok mok unaing

Munoh,
Bulang lepah,
Semang Gaggak helo wayat ke akauh,
Juppe mung Koluppu
Mung lain terauh,
Semang dok cang setarang hame

Semang gagak kabor
jupe mung kak Bangsar,
depang kafé Coffe Bean
Mung nih ko berak,
dressing kalaoh artis Akademi Fantasia
Doh la rambut perang siket, kuning siket,
baju budok 7 tahun mung gi pakai
Doh lah tak dok berlengang,
Kecek peh pulok,
pah sembu bende mung toh …
Pusat doh la beliok,
ade subang kecik pulok
luar mung pulak, ketak gelemat,
pah napok lekuk-lekak,
belakang depang,
Ngucak panjang Semang Gaggak
Dok seke setarang !

Munoh,
Pende mung nok jadaih ?

Munoh,
Subauh tadaih,
Aku du’a banyok-banyok di sejaik,
Aku mitok pade Tuhang biar mung balik assal jadaih srupe dulauh
Jangan di biar hati ko sari ko hitang,
Jangan di biar diri di rasauk sitang
Biarlah mung tak mboh doh ke akauh hok udoh naning,
Aku cume nok ade balaik Munah akauh hok dulauh …
Hok jadaih teladang adik beradik-sepupu sepapang
Hok jadaih kebanggaang ayoh mok jirang-jirang
Hok pakka tudung,
supang,
semayang bang.

Munoh,
Sebelung terliwat,
balaiklah ke pakkal jalang

Hok Tukang Buat : Fairuz Hafeez





PIKOM PC FAIR 2010 DI KUALA TERENGGANU

10 04 2010

Jangan lepaskan peluang sekali setahun untuk membeli perkakas komputer dengan harga yang teramat murah.

Hari ini, 10 April 2010 adalah hari terakhir untuk PIKOM PC FAIR 2010 yang berlangsung di Pusat Dagangan Terengganu / Terengganu Trade Centre (TTC).

Untuk negeri lain sila ke pautan di laman web PIKOM di bawah ubawntuk senarai lengkap info PC FAIR di negeri masing-masing yang tepat. Pastikan anda mema duit lebih kerana mungkin banyak yang anda perlu borongi.

Berikut senarai siri jelajah PIKOM PC FAIR 2010

2 – 4 APRIL 2010 (11:00am – 9:00pm)
Persada Johor International Convention Centre, Johor Bahru, Johor
Dewan 2020, Kangar, Perlis
Village Mall, Sungai Petani, Kedah
Batu Pahat Mall, Batu Pahat, Johor

8 – 10 APRIL 2010 (11:00am – 9:00pm)
KB Mall, Kota Bharu, Kelantan
Terengganu Trade Centre, Kuala Terengganu, Terengganu

9 – 11 APRIL 2010 (11:00am – 9:00pm)
Penang International Sports Arena (PISA), Penang
Melaka International Trade Centre (MITC), Melaka

16 – 18 APRIL 2010 (11:00am – 9:00pm)
Kuala Lumpur Convention Centre, Kuala Lumpur
Berjaya Megamall, Kuantan, Pahang
Dewan Perbandaran Taiping, Taiping, Perak
Dewan Tunku Ibrahim Ismail, Kluang, Johor

30 APRIL – 2 MAY 2010 (11:00am – 9:00pm)
Stadium Indera Mulia, Ipoh, Perak
Dewan Jubli Intan, Muar, Johor
Permata Car Park, Kuching, Sarawak
Sibu Trade & Exhibition Centre, Sibu, Sarawak
Dewan Masyarakat, Sandakan, Sabah

7 – 9 MAY 2010 (11:00am – 9:00pm)
Dewan Merdeka, Seri Manjung, Perak
Dewan Suarah, Bintulu, Sarawak
Miri Indoor Stadium, Miri, Sarawak
1 Borneo, LG Car Park Exhibition Hall, Kota Kinabalu, Sabah
Dewan Masyarakat, Tawau, Sabah

Terima kasih SharingInfoz

http://sharinginfoz.blogspot.com/2010/04/pikom-pc-fair-2010.html

Kalau terjumpa saya di situ annti jangan lupa sapa ya !

http://www.pikom.org.my/cms/General.asp?whichfile=PC+Fair+InfoCentre&ProductID=22461&CatID=12





Lagu Puisi : Mantik

2 11 2009

Banner blog Pawaka
Lagu ini antara beberapa masterpiece saya, dan terima kasih tidak terhingga buat Pawaka yang berjaya menghasilkan lirik yang begitu sesuai dan sebati dengan jiwa saya. Saya memberitahunya agar menulis senaskah lirik yang mempunyai pesanan, panduan dan nasihat secara halus serta menyelitkan elemen ” meditasi” (baca : keagamaan) dan “motivasi” . Akhirnya setelah memperuntukkan beberapa pasangan siang dan malam, beliau berjaya menghasilkan lirik dengan tajuk asalnya “Bangkit Bersama Mantik”.

Lirik ini seterusnya mengalami sedikit perubahan kerana anda separuh rangkap yang kedengaran sedikit “klise”. Kini, lirik yang begitu padat dan hebat telah tersedia untuk hidangan jiwa anda. Bagi saya, hasil kerjanya ini begitu teliti dan cukup memuaskan hati saya.

Untuk pengetahuan anda, lagu ini rasanya sudah terhasil lebih tiga tahun yang lalu secara humming. Saya tidak berjaya untuk menghasilkan liriknya dan tidak tahu cara untuk memulakannya. Biasanya lagu yang saya hasilkan telah dicipta sekali dengan lirik : tinggal untuk memperkemaskannya lagi. Dalam satu set klik / lompat-melompat ke blog-blog, satu persinggahan secara tidak sengaja di blog pawaka berlaku membuahkan bibit-bibit persahabatan, menhasilkan kolaborasi dan akhirnya melahirkan karya yang bagi saya “permata yang amat berharga”.

Insya-Allah, saya akan menghadirkan versi youtube. Cuma menunggu pemain gitar kumpulan saya, 24 Band @ nama baru tidak rasmi “Tera” iaitu Saudara Amin, merakamkan petikan gitar bagi menghasilkan minus one lagu ini selepas saya memberinya bahan mentah bagi lagu ini (entah di mana saya simpan salinan digital yang masih mentah itu).

Dengan kehadiran lagu kedua ini selepas “Kisah Mat Rempit” – sebuah lagu untuk projek KEULU dalam dialek Hulu Terengganu (dengarkan versi Youtube di sini), saya semakin hampir untuk menghasilkan album digital pertama saya, “MyWulan Moon” yang tertangguh sekian lama.

Insya-Allah juga, lagu ini mungkin akan bertanding untuk pertandingan lagu puisi tahun hadapan (Pawaka camana ?)

Hayati bait-bait lirik ini dan tinggalkan komen. Apakah interpretasi anda mengenai lagu ini ?

- – - – - – - – - – - – - – - – - – - – - – - – - – - – - – - – - – - – - – - – - – - – - – - – - – -

Mantik

I
Langit biru bukan tanda
Tiada hujan kan menyimbah
Kering kontang tanah gersang
Buat insan yang berfikir

II
Bukan dia dan mereka
Kau kecewa dan merana
Kenal diri kenal semua
Jawabnya ada di sana
[ Korus ]

Sulam mimpi dalam nyata
Kejar angan dalam maya
Ramai muka bermuka-muka
Penuh helah tanpa lelah
Mahu kau kalah

Ini hidup medan catur
Ramai sudah yang tersungkur
Subur jiwa subur rasa
Dengan mantik sama mantik
Bersama mantik

[ Solo ]

III
Bukan semua harus berperang
Namun semua mesti berjuang
Guna akal dan tawakal
Demi cinta yang satu

IV
Akan ada satu masa
Datang lapar dan dahaga
Muncul takut dan gelisah
Jangan kita mudah beralah

[Ulang Korus ]

Seni Lagu: Mohd Fairuz Mat Zin
Seni Kata: Pawaka (http://pawaka1.blogspot.com/)





Baca Jika Anda Seorang yang “Suka Forward Message”

31 10 2009

Salam Cinta semua !

Maaf lagi sekali diam tidak berkata-kata.

Kali ini saya terpanggil untuk menyentuh isu “forward”. Kalau zaman dahulukala orang gunakan istilah surat berantai tapi sekarang bila dah moden, pakai klik-klik je, tak payah lagi jilat dan gam.

Sebenarnya memamang banyak ayat-ayat / surat untuk diforwardkan. Cuma perlu diingat, jangan sampai anda menyebarkan fitnah. Zaman multimedia ni, fitnah berantai-rantai seperti “Nuclear Fusion”. Apa taknya, sorang forward ke semua semua senarai alamat e-mel kawannya dan seterusnya.

Saya gatal tangan juga nak taip pagi hari ni ialah kerana semasa lompat-melompat dalam dunia Tagged, saya terjumpa artikel yang diforwardkan di bahagian komen (iklan mengenai MLM pun banyak juga).  Artikel ini (dilampirkan di bawah) telah mendustai Allah S.W.T. Dalam seronok foward tak sedar melakukan dosa. Nauzubillah ! Mempergunakan frasa “firman”, tanpa rasa tidak bersalah mendakwa kata-kata itu dari Allah. Bagaimana jika orang yang tidak ada ilmu membacanya ? Janga biarkan orang lain sesat bersama kita.

Artikel kedua pula mendakwa seorang bukan Islam berbangsa Cina telah menghina Nabi Muhammad S.A.W. dan isteri pertama baginda, Siti Khadijah melalui gambar pada baju yang dipakainya… kononnya. Artikel begini sebenarnya satu hasutan yang ketara yang sengaja menyemai semnagat perkauman dan kebencian meruap pada bangsa lain.

Saya tidak nampak logiknya perkara itu benar terjadi. Bodoh benar seorang bukan Melayu jika  memakai baju yang sedemikian. Dan teramat bodoh dan bodoh sekali jika artikel ini dikarang (baca : reka cerita) oleh seorang Melayu. Jika anda rujuk artikel tersebut di bawah, anda akan menemukan frasa “Cina” dan “Melayu”, sebagai menghormati kata nama khas tetapi anda akan menemukan “islam” pada ayat-ayat terakhir tanpa huruf besar “I”. Konklusi, anda fikirlah sendiri.

Sekarang sudah tahun 2009, lagi 11 tahun ke arah Wawasan 202.o Jika beginilah kebiasaan kita orang Melayu, dalam mempercayai bulat-bulat artikel yang entah dari mana, anda fikirlah sendiri di mana duduknya Melayu pada 2020 nanti.

Maaf jika ada yang terasa.

Salam Cinta !

3:32 am

===============================================

Lampiran :

Artikel 1

Seorang anak laki-laki
kecil bertanya kepada ibunya “Mengapa
ibu menangis?”

“Kerana aku seorang
wanita”, kata sang ibu kepadanya.

“Aku tidak mengerti”,
kata anak itu.

Ibunya hanya memeluknya
dan berkata, “Dan kau tak akan pernah
mengerti”

Kemudian anak laki-laki
itu bertanya kepada ayahnya, “Mengapa
ibu suka menangis tanpa alasan?”

“Semua wanita menangis
tanpa alasan”, hanya itu yang dapat
dikatakan oleh ayahnya.

Anak laki-laki kecil itu
pun lalu tumbuh menjadi seorang
laki-laki dewasa, tetap ingin tahu
mengapa wanita menangis.

Akhirnya ia menghubungi
Tuhan, dan ia bertanya, “Tuhan, mengapa
wanita begitu mudah menangis?”

Allah berfirman:

“Ketika Aku menciptakan
seorang wanita, ia diharuskan untuk
menjadi seorang yang istimewa. Aku
membuat bahunya cukup kuat untuk
menopang dunia; namun, harus cukup
lembut untuk memberikan kenyamanan “

“Aku memberikannya
kekuatan dari dalam untuk mampu
melahirkan anak dan menerima penolakan
yang seringkali datang dari anak-anaknya “

“Aku memberinya
kekerasan untuk membuatnya tetap tegar
ketika orang-orang lain menyerah, dan
mengasuh keluarganya dengan penderitaan
dan kelelahan tanpa mengeluh “

“Aku memberinya kepekaan
untuk mencintai anak-anaknya dalam
setiap keadaan, bahkan ketika anaknya
bersikap sangat menyakiti hatinya “

“Aku memberinya kekuatan
untuk mendukung suaminya dalam
kegagalannya dan melengkapi dengan
tulang rusuk suaminya untuk melindungi
hatinya “

“Aku memberinya
kebijaksanaan untuk mengetahui bahwa
seorang suami yang baik takkan pernah
menyakiti isterinya, tetapi kadang
menguji kekuatannya dan ketetapan
hatinya untuk berada disisi suaminya
tanpa ragu”

“Dan akhirnya, Aku
memberinya air mata untuk dititiskan dan
ini adalah khusus miliknya untuk
digunakan bilapun ia perlukan.”

“Kau tahu;¿kecantikan
seorang wanita bukanlah dari pakaian
yang dikenakannya, susuk yang ia
tampilkan, atau bagaimana ia menyisir
rambutnya.”

“Kecantikan seorang
wanita harus dilihat dari matanya,
kerana itulah pintu hatinya.. Tempat
dimana cinta itu ada.”

Kirimkan ini kepada
setiap wanita yang anda kenal hari ini
untuk memperingati Wanita. Jika Anda
lakukan, sesuatu yang baik akan terjadi.
Anda akan menambah harga diri wanita!

Kirimkan msg ini juga
kepada kaum lelaki, supaya mereka sedar
dan ingat akan kecantikan wanita mereka
yang azali.. bukan pada kecantikan
luaran semata-mata. Selamilah hati
wanita mu.. dan ingat lah…
Setiap Wanita itu Cantik.


Artikel 2

[2/10/2009 8:14:44 PM] mawaddatul syifa’: Saya ingin berkongsi cerita in dengan anda semua mengenai sikap segelintir orang Melayu kita atau lebih tepat lagi orang Islam di Malaysia ….
>>>>>>> Kejadian benar ini berlaku di Carrefour Wangsa Maju beberapa hari lepas. Seorang pemuda Islam yang berkerja sebagai ‘cashier’ di pasaraya tersebut telah menumbuk seorang lelaki cina. Ini berlaku kerana ketika pemuda cina tersebut sedang membayar harga barangan, pemuda Melayu ini telah
>>>>>>> menegur pemuda Cina ini mengenai gambar baju yang sedang di pakai oleh pemuda cina tersebut. Gambar itu ialah seekor babi yang sedang memakai serban di samping seekor anjing yang memakai tudung lambang agama Islam. pemuda Melayu itu bertanya gambar apakah yang sedang di pakai oleh pemuda cina tersebut.
>>>>>>> Dengan rasa bangga dan tidak bersalah, pemuda Cina itu terus menjawab sambil menunjuk ke arah gambar bajunya dengan mengatakan babi yang memakai serban itu ialah Muhammad dan anjing yang memakai tudung itu ialah Khadijah. Mendengar jawapan lelaki tersebut, pemuda Melayu ini dengan tidak disangka2, menumbuk muka si Cina tersebut.
>>>>>>> Huru hara lah suasana di carrefour itu. Kemudian pemuda Cina itu memaki hamun lalu datanglah Manager Carrefour yang juga beragama Islam lalu
>>>>>>> memecat lelaki Melayu tadi. Apa yang di lakukan oleh Manager Carrefour tadi adalah satu etika yang patut di contohi kerana, menumbuk org sesuka hati memanglah salah…
>>>>>>> Tapi malangnya, Manager tersebut bukan hanya memecat pemuda Melayu tadi yang sedang mempertahankan akidah agama Islam, tetapi turut memaki hamun pemuda Melayu itu dengan kata2 kesat. Pemuda Melayu ini pulang dengan keadaan hampa. Bukan kerana di pecat, tetapi turut di maki hamun oleh saudara
>>>>>>> seislam yang di sangkanya akan turut manjaga maruah orang Islam selepas dihina oleh laki Cina tadi.
>>>>>>> Sekarang ni pemuda Melayu ni sedang menunggu untuk di saman oleh Cina tersebut. Beliau bukan takut malah tidak sabar2 untuk menunggu disaman oleh Cina tersebut kerana beliau ada alasan yang kukuh kerana bertindak demikian.
>>>>>>> Pengajarannya, sikap pemuda Melayu tadi memang patut di contohi kerana ingin menegakkan agama Islam. Pada anda, berhati2 la..kerana saya percaya,
>>>>>>> tshirt yang di pakai oleh Cina tadi adalah salah satu strategi orang2 kafir untuk menjatuhkan maruah Islam.
>>>>>>> Sebarkan kepada saudara2 Islam kita..!
>>>>>>> 1.Jika anda orang islam sila sebarkan email ini..!!
>>>>>>> 2.Jika anda orang bukan islam, diingatkan jangan sesekali bermain dengan api di negara malaysia islam ini





Happy Birthday To Me !!!

4 09 2009

KMF 28 AUGUST 09 (5) edited
Assalamualaikum,

Wah … Sudah lama saya tidak mengemaskinikan blog ini. Tentu ada antara anda yang hampa apabila mendapati entri yang lama dan sama setiap kali ke sini. Maaf sangat-sangat. Sibuk ….. ! Saya sekarang sedang dalam fasa kedua perniagaan, iaitu fasa meniadakan kredit. Fasa pertama, menyediakan suasana dan kualiti yang memuaskan sudah selesai.

Pada yang masih setia berkunjung ke blog ini, terima kasih banyak-banyak. Insya-Allah saya cuba yang termampu untuk sentiasa menghidupkan denyutan nadi blog ini. Tanpa kalian sudah tentu semangat saya kurang dan keberahian saya untuk menulis pun kurang.

Hmmm … Sebut pasal berahi ni, kena kurangkan berahi pada bulan puasa ni. Pada yang berahi cuci mata, kenalah selalu pejam-pejam mata. Pada yang selalu dengar gosip liar, kena tutup telinga dan yang suka menganyam “ketupat”, hentikanlah, nanti malam raya boleh anyam ketupat betul banyak-banyak ! Teringat saya ketika dulu, biasa kedengaran ayat “Bukan nak mengata, benda betul!”. Weshhhh … Ni nak habaq kat hangpa, kalau benda yang betul itu maknanya kita bawak mulut atau mengumpat, dapat ? Tentu ramai yang tanya, kalau benda yang salah pulak, camana ? Kalau yang salah, tapi kita jaja seluruh kampung, itu namanya menabur fitnah ! Ingat dosa fitnah ni jangan main-main.

Mak Cik Ton, Mak Cik Jenab, Mak Cik Munah, Mak Cik Kembang, hentikanlah budaya siaran radio yang tak berbayar tu. Teruk nanti nak gi cari orang yang kita umpat dan fitnah tu kat padang masyhar nanti.

Oppsss … Panjang pula berlebel saya ni. Rasanya sempat lagi walaupun dah lambat, maka dengan ini, saya yang bernama Mohd Fairuz Mat Zin, ingin mengucapkan “Selamat Berpuasa dan Melaksanakan Ibadah di Bulan Ramadhan, Maaf Zahir & Batin”. Cepatnya ??? Ye lah … bimbang juga ada yang terasa jadi saya minta maaf cepat-cepat.

Sekian dulu, jangan ponteng puasa bagi yang sihat walafiat. Doakan kita sentiasa mendapat berkat dari-Nya. Semoga hari pertama genap umur saya 34 tahun dan seterusnya membawa kejayaan untuk perniagaan dan keluarga saya.

Wassalam,

Salam Cinta,

Mohd Fairuz Mat Zin
Chendering, Kuala Terengganu.

*berahi (biasa digunakan sebelah pantai timur) = suka, minat, gemar
berlebel = berleter








Follow

Get every new post delivered to your Inbox.