Rahsia Sebalik “Selamat Aman Makmur”

14 04 2008

Nota : Artikel ini tidak mempunyai sokongan fakta saintifik. Hanya berfikir secara abstrak. Kita tidak boleh menjangkakan perkara akan datang dengan kod-kod tertentu tetapi artikel ini saya isikan sekali dengan membawa anda berfikir tentang fakta yang telah ada. Hanya untuk kelainan.

Saya cuba kupaskan rahsia di sebalik “Selamat Aman Makmur” yang digunakan oleh BN dalam kempen pilihanraya baru-baru ini. Adakah rahsia yang ingin dikongsi di sini suratan atau kebetulan ? “Selamat Aman Makmur” jika dibentuk kembali boleh membentuk perkataan “Same la mak, Dr. M, AA, N U TR” seperti rajah di bawah. Apakah maksudnya ? Baik, untuk jawapannya, teruskan membaca.

 

Apakah ini bermaksud sama ada Dr. Mahathir, Pak Lah, Najib atau Ku Li kesannya sama sahaja. Pemerintahan yang tidak dapat menolong rakyat marhein ? Pemerintahan yang tidak dapat mengekang budaya politik wang atau nama tak manjanya – rasuah. Sudah sampai masanya rakyat menukar kepada yang baru. Sekejap sahaja, tak lama, 4 tahun sahaja. Kalau fikir-fikir tak bagus boleh tukar balik 4 tahun kemudian.

Ada juga pemimpin UMNO yang seolah-olah menakut-nakutkan pengundi supaya jangan mencuba untuk memberi kuasa kepada Pakatan Rakyat. Mereka mempertikaikan keupayaan PR untuk saling memahami antara satu sama lain. Jika mereka tidak boleh berada di dalam satu kapal masakan pemerintahan di Perak, Kedah dan Selangor sekarang ini berjalan seperti biasa ? Rakyat sudah matang benar. Semua telah membuka mata dan minda. Jika anda masih ragu-ragu, silalah datang ke Kelantan, Kedah, Perak, Selangor atau Pulau Pinang. Perhatikanlah cara bekerja dan cara hidup Nik Aziz dan Nizar. Saya pasti anda akan memahami sesuatu. Kalau susah nak dapatkan cuti tak apa, masih ada 4 tahun lagi menjelang PRU 13.

Sebenarnya hendak saja saya meletakkan nama insan yang bermula dengan “K” ke dalam senarai, tetapi rasanya tidak sesuai dibaca seperti berikut “Same la ma, Dr. M, AA, N, TR U K” (“U” bermaksud atau dalam matematik. Nama-nama yang diletakkan di situ adalah nama-nama yang layak untuk mengisi jawatan nombor satu negara dan saya berpendapat secara peribadi, “K” tidak layak di situ.

Saya juga terfikir juga adakah ia perlu dibaca “Sama Lemak, Dr. M, AA, N U TR” ? Atau mungkin juga AA itu boleh dipecahkan kepada Anwar dan Abdullah. “Sama lemak” bermaksud, siapa pun yang memegang teraju negara selagi kapalnya bernama BN tetap sukar untuk membuang lemak-lemak berkolestrol tinggi yang menyebabkan BN dipandang semakin tidak relevan.

Lemak ada yang baik, ada yang tidak baik, ada yang tepu, ada yang tidak tepu. Mungkin juga kerana sudah lama memerintah maka BN sudah “naik lemak” ? Sudah sampai masanya BN bersenam supaya lemak-lemak yang merbahaya itu dapat dikeluarkan setelah itu perlu kerap ke gim untuk membina kembali otot-otot yang dulunya pejal dan kemas. Selagi lemak-lemak tidak dikeluarkan usah bermimpi untuk membina otot-otot yang mantap.

Lemak yang dimaksudkan adalah perkara-perkara negatif yang menjahanamkan perjuangan asal BN khususnya Umno. Salah satu yang paling utama ialah rasuah yang berbudaya di situ dan masih belum dapat dihapuskan. Perlu diingat, saya tidak mengatakan nama-nama yang disebutkan di atas terlibat rasuah tetapi saya menegaskan siapa pun pemimpin BN sukar untuk membanteras habis-habisan rasuah. Kenapa ? Kerana rasuah telah lama dibudayakan dalam negara Malaysia yang tercinta ini.

Cuma perlu kita fikirkan. Kenapa kita perlu membentuk semula perwira yang telah banyak lemak dan amat lemah staminanya sekarang. Lebih baik kita tumpukan kepada perwira muda yang lebih bersemangat, penuh keazaman dan staminanya amat mengujakan. Kita tunggu dan lihat, apa yang akan terjadi dalam masa 4 tahun ini (atau mungkin dalam tahun ini).

Kami para blogger sedia menyerlahkan kekuatan Pakatan Rakyat ! Kami mengutarakan, anda yang memikirkan dan menimbangkan sama ada ia merepek atau perlu direspek !

http://fairuzhafeez.com

Advertisements

Tindakan

Information

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s




%d bloggers like this: