I Lap U Bro Ahmad Said !

21 04 2008

Terkejut dan gembira ! Itulah yang saya rasakan apabila menatap muka depan Utusan Malaysia hari ini, Isnin, 21hb. April 2008 (Terus saya beli suratkhabar dan rasanya ini kali kedua membeli suratkhabar semenjak berada di Selangor bermula 31 Mac 2008). Bro. Ahmad Said yang saya kenal sebagai garang dan yakin dirinya benar telah secara berterus-terang meminta (bukannya berharap) Kerajaan Pusat untuk mengembalikan royalti minyak kepada Kerajaan Negeri Terengganu. Nilai anggaran wang royalti tersebut adalah RM 1,000,000,000.00 setahun.

Tidak sia-sia juga “rocker suci” Bro Akhil Hayy menyanyikan dengan cara tersendiri lagu “Sejati” dengan diberi nafas baru (ala-ala Akademi Fantasia) dan tajuk baru “Royalti“. (Errr.. semasa saya terdengar rakan sekerja saya memainkan lagu ini saya ingatkan ada muzik rupanya secara acapella.) Maaf, saya bercakap pasal lagu pulak. Maklumlah dah kegemaran saya.

Okey, so… apa yang berlaku ? Kenapa Ahmad Said tunjuk “garang” sekarang ? Besar sangat ke kuasa dia ? Tak besar apa, dah sah dia tu Menteri Besar. Kenapa dia tak cakap hal begini sebelum ni ? Alaa … Dulu Bro Ahmad Said sebagai orang bawah, tak bagus la bertindak melebihi orang atas. Sekarang dia yang duduk di atas dan rakyat nakkan perubahan. Maka, inilah perubahan yang dilakukan Bro A. Said demi untuk meneruskan perjuangan UMNO Terengganu.

Royalti ni selepas sahaja PAS ambil alih telah bertukar nama menjadi Dana Khas Kerajaan Persekutuan (DKKP). Mengikut persepsi sesetengah pihak, ada yang menganggap DKKP sebagai “Dari Kami Kepada Penyokong” walaupun tak dapat dinafikan boleh menjadi “Dari Kami Kepada Penyokong @ Pembangkang”. (Cerita tentang ni panjang, asalnya saya tambah kat sini, tapi akhirnya saya dah buang… mungkin ada kat post seterusnya kat blog).

Ada yang mengatakan royalti itu bertukar menjadi dana dan dana itu sebahagiannya telah diagih-agihkan menerusi Dana Bakti Remaja, Dana Warga Emas dan Dana Ibu Tunggal. Ada yang merasakan sebahagian dana itu telah bertukar menjadi “Kristal” dan “Piala” : yang ini saya tak pasti, kang jadi fitnah pulak. Mungkin ini yang Bro A. Said kata “projek yang kita tidak rancang” dan “tiba-tiba sahaja kita dengar ada projek yang kita dapat seperti buat jalan dalam hutan RM 50 juta hingga RM 60 juta.” Bro kita juga cakap wang royalti ini diuruskan oleh banyak pihak kerana telah bertukar status menjadi wang ehsan. Bro A. Said cakap lagi bahawa kementerian yang memilih projek telah melaksanakanya berasakan kepentingan kementerian terbabit tanpa ambil kira perasaan dan kehendak rakyat Terengganu.

Apa yang Bro kita ni nak sampaikan ? Persepsi saya ialah kerajaan pusat telah melakukan kekhilafan (istilah lembut sikit.. he he) dan perlu mengembalikan hak rakyat negeri Terengganu jika tidak Duit Ehsan itu akan sentiasa dikhilafguna (baca : tersilap buat keputusan) oleh kementerian yang menguruskannya. Kalau bercerita tentang duit dana ehsan memang banyak ketidakpuasan dari segi pembahagian dana ehsan tersebut. Datanglah ke Terengganu dan tanya orang Terengganu tak kira UMNO atau PAS. Nak dapat wang ehsan mesti kena ambil borang dan nak dapat borang mesti dari JKKK. Mungkin ada orang yang berhak dapat tapi tak mboh (tak nak) meminta “sedekah” atau ehsan daripada JKKK. Tak apalah, anggapkan saja orang yang tak dapat ni malu sangat nak ambil borang, siapa suruh ? Tak isi borang camana nak dapat ? Kena tebalkan muka, duit tu…. !

Permintaan Istimewa (harap-harap bukan “Permintaan Terakhir” – macam tajuk lagu la pulak) dari Bro A. Said ini adalah harapan pemerintahan PAS dulu. Mereka tahu betapa sakitnya menguruskan “anak-anak” apabila sebahagian sumber rezeki dinafikan. Bro A. Said bagi saya lebih ke depan dan tahu kalau dia tak meminta sebegini, dia juga akan mengalami kesukaran dalam memberi makan “anak-anak Ganu”.

Cuma saya tertanya-tanya, jika dikembalikan hak royalti dan kemudian PAS memerintah kembali, apa cerita ? Camana tu ? Sedangkan dalam tak berduit pun PAS mampu melangsaikan sebahagian hutang-hutang dan menguruskan kerajaan negeri dengan berjimat, fikirkan keadaannya jika PAS memerintah dengan duit royalti 100% diuruskan oleh kerajaan negeri. Silap-silap jadi macam rakyat Kelantan, tak boleh dipujuk sampai ke sudah.

Apapun, saya fikir Bro A. Said dah nampak beberapa langkah ke depan dan matang berfikir. Dia lebih nampak kepentingan rakyat daripada kepentingan parti. Orang macam ini yang kita cari. Orang yang macam ni yang kita tunggu. Bro. A. Said, teruskan perjuanganmu yang belum selesai ! Teruskan melakukan perubahan dengan betul-betul tau ubah. Jangan takut ! Kalau banyak tindakan-tindakan berani mati sebegini dilakukan, saya rela Tengku Putera (orang Ulu dan saya pun orang Ulu) memberikan laluan kepada Bro (sehingga Bro puas) untuk merawat Terengganu. So, yang tak pernah datang ke Terengganu, jom melawat Terengganu sempena “Tahun Merawat Terengganu 2008” dan “Suka Maa 2008”. Opsss…. “Tahun Melawat Terengganu 2008” dan “Sukma 12 Terengganu 2008”.

Kepada Najib atau Muhyidin, tolong ya bagi surat sokongan kepada pendekar baru kita ini. Akhir kata, “I Lap U Bebeh !” (baca : Saya sayangkan kepimpinan tuan dan saya sudi melapkan airmata tuan jika tuan menangis kerana rakyat).

Permisi !

http://www.fairuzhafeez.com

Advertisements

Tindakan

Information

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s




%d bloggers like this: