Idris Jusoh masih lagi MB Terengganu ?

22 04 2008

Saya ni memang suka buka dan baca mana-mana laman web / blog politik tak kira la BN ke PR. Baca semua. Kita ada akal. Kita seharusnya bijak menilai mana yang fakta, mana yang auta. Dalam sibuk mencari terjumpalah sesuatu yang amat pelik.

Hari ini, saya telah melawat laman web UMNO Terengganu yang dilancarkan oleh Idris Jusoh pada 19 September 2005. Apabila saya klik kat Menteri Besar masih terpampang wajah Idris Jusoh sebagai Menteri Besar. Macammana ni ? Lagi kelakar dalam laman web ni juga ada artikel “Laman Web Setiap DUN Dipantau”. Kalaulah laman web UMNO Terengganu pun tak kemaskini dan terpantau apa cerita pula laman web DUN ?

(Gambar tidak memuaskan – Maaf – Masalah teknikal-Akan diperbaiki)

Itu cerita UMNO Terengganu. Ini cerita Puteri UMNO pula. Sebelum ini saya suka melayari laman web Puteri UMNO lebih-lebih lagi apabila Ketua Puteri UMNO mengatakan Puteri UMNO akan memantau blog (Bagaimana cara pantau tu saya pun tak faham). Sedihnya, apabila saya buka laman web mereka, isi kandungannya tidak mampu mengujakan saya.

Tiada isu-isu besar dikupas. Berita seperti “Puteri UMNO Johor sumbang RM5,350” dan “Program Konvoi Kebajikan Puteri Menyusur Akar Puteri Sungai Siput” banyaklah. Bahagian surat pembaca pula masih terpampang artikel mengenai pemilihan tarikh 8 Mac 2008 sebagai tarikh pilihanraya (Sila lihat snapshoot di bawah). Aduiii … Kemasikini la.. Tak lah susah saya nak cari berita yang terkini.

(Gambar tidak memuaskan – Maaf – Masalah teknikal-Akan diperbaiki)

Kasilah power lebih sikit. Baru la seronok nak berentap !

Advertisements

Tindakan

Information

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s




%d bloggers like this: