Mahathir Kini Blogger – 1hb. Mei 2008

1 05 2008

Ya ! Antara percaya atau tidak, Mahathir sudah menyertai dunia blog yang tiada sempadan. Tokey Kasino Las Vegas boleh baca, Goerge Soros boleh baca, bekas pelajar MRSM Kuala Berang yang menunggu keputusan masuk U pun boleh, Pak Din dari Kampung Buluh yang bekerja kampung pun boleh dan Pak Teh yang menoreh getah pun boleh baca ! Semua boleh bacalah.

Saya juga tertanya-tanya kenapa tarikh 1 Mei dipilih untuk melancarkan blog tersebut ? Adakah kerana Mahathir ingin memberitahu bahawa dirinya masih bekerja untuk rakyat ? Mungkin juga Mahathir mahu mengurangkan bilangan pekerja yang akan berdemonstrasi pada hari tersebut dengan menyibukkan mereka membaca blognya (sekadar lawak).

Apapun, diharapkan Mahathir sentiasa ikhlas dan jujur dalam memblog. Jika ada yang tidak suka, boleh terus “berdebat” dengannya menerusi ruang komen atau terus membuka satu blog baru untuk anda. Saya juga berharap pembaca dibenarkan menghantar komen selagi blog tiu wujud.

Berikut adalah komen saya di blog Mahathir untuk post pertamanya (saya tidak pasti samaada telah diluluskan di blog tersebut).

Assalamu’alaikum. Selamat datang Uncle Mahathir (UM) ke dunia ketukan papan kekunci yang bisa mengalahkan kesan gegaran gunung berapi ! Harap UM sentiasa ikhlas dan sabar dalam memblog. Terus telus tidak seperti blogger politik yang lain yang terpaksa menutup komen selepas beberapa ketika membukanya.

Mengenai isu ini, hakikatnya memang telah nyata kerajaan itu lemah dan bukan hanya apabila kerajaan terpaksa “bekerjasama” dengan pembangkang dalam meluluskan apa-apa undang-undang.

Semua pihak kena berfikir secara terbuka. Mana yang baik, MP harus beri sokongan dan bukan hanya semata-mata “saya menurut perintah” atau keputusan parti.

Memang calon yang bertanding atas tiket parti tetapi ada juga yang diundi kerana personaliti mereka sendiri, oleh kerana itu mereka perlu bebas membuat undian.

Jika sekiranya kerajaan atau pembangkang perlu senada dengan keputusan parti masing-masing, itu bermakna selagi tiada pihak berjaya memenangi 2/3 kerusi parlimen, undang-undang tidak akan dapat diubah ! (lainlah kalau undang-undang yang sedia ada sempurna tiada cacat cela sepanjang zaman).

Sudah sampai ketikanya kita mesti lebih matang berpolitik, bijak berpencak.

“Berperang bukan bermusuh,
menahan bukan mematah,
selagi dibawah langit yang sama,
selagi masih bernyawa,
istiqamahkanlah jiwa!”

Mohd Fairuz Mat Zin
Satu Kelainan Pemikiran
http://fairuzhafeez.com

Sila ke http:/www.chedet.com

Advertisements

Tindakan

Information

2 responses

4 05 2008
roza_1102

Assalamualaikum,
Saya dah buka blog dr.m,ramai yang melemparkan komentar.
Dr.m dah tak de kerja tu, dah ada masa nak berblog sekarang.Kalau dulu dia sibuk memanjang tak de masa nak ketuk papan kekunci,sekarang masa dah luang.

4 05 2008
fairuzhafeez

Waalaikumussalam,

Baguslah tu Roza. Kita tengok apa akan ditulis oleh Dr. M selepas ini. Lepas ni nak baca pula blog http://paklah.com. Tapi tak tahu la bila ada. NTah2 dah ada yang beli url tu.

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s




%d bloggers like this: