Karpal Biadap ? Mungkin tidak !

6 05 2008

Yang Tersirat

Ya … Sudah meletus kemarahan orang ramai. Di dada akhbar 2,3 hari ini akan sentiasa dipaparkan kupasan dan komen tentang tindakan Karpal yang “celupar” mempersoalkan kuasa Sultan. Peluang dah ada untuk dipolitikkan, apa lagi, serang je la.

Benarkah Karpal celupar ? Karpal sebagai seorang peguam yang tahu undang-undang sebenarnya memberitahu mengikut perlembangaan setakat mana kuasa Sultan-sultan di negeri masing-masing. Hmmm…. masa Pak Lah, peguam negara dan Idris Jusoh membantah raja, tidaklah pula kecoh. Alih-alih bila Karpal bercakap, kecoh pulak. Dulu pun berkobar-kobar mereka menyerang Kit Siang kerana mempertikaikan perlantikan Nizar sebagai MB Perak.

Cuba perhatikan cara Karpal mengeluarkan kenyataan. Bagi saya masih berlapik. Karpal hanya memberitahu perkara yang sebenar. Hakikatnya, siapa yang mengurangkan kuasa Sultan ? Adakah kedudukan Sultan dari dulu hanya sebagai penasihat ? (Karpal ni tahu 100% ke tentang undang-undang tubuh negeri ?).

Buka Minda Anda

Bila terjadi benda-benda macam ni barulah kita terfikir, oh begitu… oh begini… Sebelum ini kita tidak tahu keadaan yang sebenar. Menyedari kuasa Sultan yang terhad inilah, mereka bermati-matian pada awalnya untuk mempertahankan Idris sebagai MB Terengganu (pilihan Pak Lah) kerana mereka tahu mereka boleh menggunakan undang-undang.

Saya difahamkan jika Idris mahu juga menjadi MB, kerajaan negeri Terengganu mungkin akan tiada MB selama 90 hari sebelum MB dapat dilantik tanpa persetujuan Sultan. Ada juga yang mengatakan Sultan Terengganu berhak untuk membubarkan Dewan Undangan Negeri pada bila-bila masa walaupun tanpa persetujuan kerajaan negeri. Apa yang menghalang mereka ialah kerana kebangkitan rakyat yang tidak mahu kedaulatan Sultan diperlekehkan. Mungkin mereka yang menyokong Idris sedar, mereka hanya menyediakan “kubur” politik buat mereka jika masih mahu ingin menentang kedaulatan Sultan. Ini kerana rakyat Terengganu berdiri di belakang Sultan tanpa memikirkan soal politik.


Siapa yang menghakis kuasa Sultan ?

Baiklah, pertanyaan saya tadi, saya ulang kembali, siapakah yang bertanggungjawab mengurangkan kuasa Sultan ? Adakah semenjak merdeka, Sultan hanyalah penasihat ? Mungkin soalan ini boleh dikemukakan di blog chedet.com dan insya-Allah ada jawapan yang menyusul.

Apapun, cubalah kita menilai dengan realistik dan terbuka, adakah Karpal dan dulunya Kit Siang tidak menghormati Sultan Melayu. Cuba kita teliti, kemelut MB Perak dulu selesai dengan segera, kemelut pengarah JAIP pula lebih pantas diselesaikan (Karpal je sengaja bikin “kecoh” padahal dah setel). Kemelut yang berlarutan sebegitu panjang adalah kemelut MB Terengganu (saya cadangkan dimasukkan ke dalam Malaysian Book of Record.)

Bagi saya, Karpal dan Kit Siang hanya menyuarakan suara hati mewakili parti yang mereka wakili dan mereka sungguh pandai berpolitik. Mereka mesti bersuara kerana mereka berprinsip walaubagaimanapun mereka matang berpolitik. Cuba anda fikir, kenapa Karpal kecoh hanya selepas segalanya sudah selesai, setelah Nizam memohon ampun dari Sultan Perak ?

Adakah mereka biadap ? Jika ya, bagi saya ada yang lebih biadap iaitu orang Melayu sendiri yang menentang Sultan. Ini pendapat peribadi saya. Anda fikirlah sendiri.

Undang-undang Memperkukuhkan Institusi Raja

Sudah sampai masanya rang undang-undang dipinda untuk mendaulatkan kembali kuasa Sultan. Siapa yang berani mengusulkan cadangan ? Saya minta Khairy Jamaluddin atau Mukhriz mengusulkan cadangan ini. Bukankah UMNO memperjuangkan kedaulatan Raja Melayu. Cepat, siapa cepat dia dapat.

Masihkah kau ingat kata-kata bertuah Hang Jebat, “Raja adil Raja disembah (dipatuhi), Raja zalim Raja disanggah !”. Lupa ? Itulah, Melayu mudah lupa.. opssss … manusia mudah lupa !

Nota : Politik sekarang semakin complicated. Saya pasti ada yang tidak bersetuju dengan saya. Tidak mengapa, itu pandangan anda. Cuma saya minta, bacalah tulisan saya dari sudut positif. Kadang-kadang kita perlu reverse pshychology.

__________________________________________________

Artikel saya yang lain di www.fairuzhafeez.com : –

Artis Lelaki Berseluar Pendek Tanpa Baju 10 Tahun Lagi ?
Dakwah Allahyarham Loloq menerusi Aduh Saleha
Mahathir Kini Blogger – 1hb. Mei 2008
Lagu Istiqamah buat semua pemimpin Melayu
Insan-Insan yang Jiwanya Halus – Segera Berjuang !
Bedah Siasat PRU 2008 : 16 Sedekahku Buat UMNO

Advertisements

Tindakan

Information

One response

6 05 2008
ganucyber

lihat perlembagaan tubuh negeri Trg….. mmg sultan berkuasa penuh.

FASAL 5 UNDANG2 BAGI NEGERI TERENGGANU (YANG DITAMBAH PADA 1948)

FASAL 5 memperuntukan RAJA memerintah mengikut undang2 berkuasa melantik MB dan jua pada undang2 DIRI Negeri Terengganu Tambahan 1948 dibawah FASAL 10 (1) dan FASAL 14 (1)(2).

DIDALAM TAMBAHAN PADA TAHUN 1948

FASAL 14 (2)(1) – DYMM hendaklah melantik dengan surat perlantikan yang ditandatangani oleh BAGINDA dengan memakai Mohor Negeri seorang MB untuk mengetuai Majlis Mesyuarat Kerajaan seorang ahli DUN….

FASAL 14 (4) – Tatkala melantik seorang MB maka bolehlah DYMM mengikut timbangan BAGINDA sendiri, meninggalkan mana2 syarat dalam FASAL 10 yang menghadkan pilihan BAGINDA itu akan MB itu jika sekiranya pada fikiran BAGINDA mustahak meninggalkannya kerena hendak menunaikan kehendak2 FASAL 10 ini.

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s




%d bloggers like this: