Tutorial Adobe Photoshop CS3 Extended (Bahagian 1)

22 05 2008

Tutorial Ekspres Adobe Photoshop CS3 Extended
oleh Fair – http://fairuzhafeez.com
_____________________________________________

Adakah anda ingin belajar Photoshop ? Jika ya teruskan membaca. Insya-Allah mulai hari ini saya akan mencurahkan ilmu saya tentang Photoshop untuk anda semua, pembaca yang setia.

Tahniah ! Sama ada anda ingin menjadi seorang pereka grafik yang masyhur atau hanya sekadar memperindahkan gambar anda untuk tontonan rakan di blog anda, di sini anda akan dibimbing secara ekpres oleh saya, insya-Allah. Segala kandungan tutorial adalah bebas disiarkan kembali dengan apa-apa cara selagi ia bukan tujuan komersil. Terima kasih jika anda memberikan kredit kepada saya dengan cara meletakkan link rujukan. Tutorial ini akan dijalankan dalam suasana yang pelbagai; tenang, serius dan santai.

Baiklah, sudah sedia ? Jom, kita start.

PS adalah satu program membuat grafik yang boleh mengedit foto, membuat grafik baru, membuat imej gif yang bergerak dan juga banyak lagi jika anda mahir dan rajin menyelongkar PS. Jenis format gambar atau grafik yang boleh dihasilkan adalah seperti JPEG, GIF, BMP, PNG dan banyak lagi.

Nah, sekarang cuba usha-usha sikit print screen di bawah. Ini adalah paparan pertama setelah anda membuka PS.

Nota : Buka le program PS tu. Kalau tak praktikal tak cepat tangkap beb.

Dah tengok puas-puas ? Jangan pening-peningkan kepala. Pedulikan butang-butang yang banyak di situ. Kita belajar satu persatu. Kalau anda gatal tangan untuk klik mana-mana butang untuk lihat kesannya, silakan cuma lebih baik tangan anda digatalkan selepas mengikuti tutorial pertama ini.

Lepas tu apa nak buat ek ? Kita kenalah buka fail baru. Ni saya kira ada yang tak tahu macammana nak start guna PS. Meh saya ajar camana nak buka fail baru.

Klik File >> New (Klik “File” lepas tu klik “New”)

Maka, akan terjadilah paparan ini (tapi sure u all tak dapat macam ni, kena isi la data-data yang diberi). Oh ya ! Lupa nak cakap. Untuk mula-mula ni saya nak ajar bagaimana nak buat banner untuk blog atau website anda. Saya juga mencadangkan anda menggunakan Adobe Photoshop CS3 Extended Version supaya dapat mengikuti dengan mudah dan tepat segala tutorial yang diberi.

Saya gunakan skala pixels. Untuk saiz, saya guna lebar 760 dan tinggi 180. Kalau nak letak kat blog ataupun skadar nak tengok guna monitor komputer guna je 72 ppi (pixels per inch) dan RGB Color sebagai pilihan Color Mode, dah cantik dah. Tapi, kalau nak print eloklah guna 300 ppi dan Color Mode “CMYK Color” baru tajam gambar tu.

Nota : Semakin besar nilai ppi semakin jelas gambar dan saiz fail pun besarlah juga. 72 ppi adalah resolusi yang sesuai untuk format digital manakala 300 ppi pula resolusi yang sesuai untuk printing.

Lepas tu klik text tool (ada banyak-banyak tool kat sebelah kiri tu). Isikan data-data untuk teks tersebut di bahagian atas skrin (seperti di bawah). Saya guna font “verdana”, saiz 48 pt, bold dan warna biru. Klik kotak warna dan pilihlah warna biru #000099.

Sekarang baru klik kat mana-mana bahagian skrin putih atau nama rasmi dia “canvas”. Taiplah nama yang anda mahu. Hasil saya seperti di bawah.

Jika kedudukan teks tidak center anda boleh gerakkan menggunakan tool ini . Drag pada teks dan gerakkan ke mana sahaja atau klik pada teks dan gerakkan guna arrow kat keyboard.

Tips : Ha, saya nak bagi satu tips, jika hendak gerakkan dengan lebih cepat tekan “shift” beserta dengan arrow (Tips boleh juga digunakan untuk software lain).

Baik, kita pergi kepada advance level sikit. Jangan takut, tak la susah pun. Cuba cari kotak seperti di bawah (sebelah kanan bawah skrin). Kalau nak tahu, PS ni menggunakan layer-layer di mana ada kita boleh membuat beberapa lapisan grafik yang boleh diedit satu per satu. Pada masa ini kita hanya mempunyai 2 layer iaitu layer background dan juga layer teks. Klik pada layer teks untuk aktifkan ia.

Sekarang kita akan gunakan teknik seperti “drop shadow” dan juga “emboss” untuk bagi power sikit teks kita (tak la power sangat pun! Saja nak bagi sedap cerita). Kita guna kuasa “fx”. Jumpa tak dengan butang ? Ada kat bahagian bawah diagram di atas (dua dari kiri selepas ikon rantai). Klik pada butang fx dan akan keluarlah pilihan seperti ini.

Pilih pilihan “Bevel and Emboss” dan cubalah bermain-mainlah atau try and error untuk mendapatkan kesan yang anda mahu. Ini adalah hasil yang saya dapat.

Ini pula adalah settingnya.


* Sila klik gambar untuk paparan yang lebih jelas.

Okey ? Dapat untuk sessi pertama kita ? Bagaimana kalau saya mencabar anda untuk mengubah warna background banner tersebut ? Cubalah…. nanti kita ketemu dalam tutorial yang akan datang. Insya-Allah.

Mohd Fairuz Mat Zin
ex-Graphic Designer
www.fairuzhafeez.com

Projek ini (untuk beberapa bahagian pertama) adalah dengan kerjasama k-long.com dan mykadcapture.com
Sila klik link sponsor untuk menyatakan terima kasih.

Advertisements

Tindakan

Information

4 responses

23 05 2008
Lily

wah .. bagus nya .. rajin betol ..
this is good .. berkongsi dengan sume org
🙂

23 05 2008
fairuzniza

salam..
nice work..cuba mencurah ilmu yang ada..bagus2 🙂
teruskan usaha,k?
semoga mendapat barakah dariNya…

26 05 2008
fairuzhafeez

salam Lily dan Sis Fair, Semoga Projek DC bro ini tidak akan DC sampai kiamat. Jangan cuba tanpa betul2 mencuba ! terima sayang kerana membakar semangat ! Feyfey !

26 05 2008
fairuzniza

aha..
semoga istiqamah.. 🙂
jgn pernah penat menabur ilmu..banyak fadhilatnya..

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s




%d bloggers like this: