Cari Idola 2 : Rancangan Realiti Nyanyian Internet

23 07 2008


Klik pada poster untuk ke Kedai Kopi CI2 :
Tempat gosip murahan & mahalan.

Cari Idola 2 adalah rancangan realiti nyanyian internet yang dianjurkan oleh forum cari.com.my. Rancangan ini bertujuan untuk mencungkil bakat-bakat baru yang mungkin dapat diketengahkan untuk pergi lebih jauh.

Apa itu idola ? Idola boleh ditafsirkan sebagai yang amat dicintai / disayangi. Cuma anda jangan terkejut kedapatan maki hamun yang menjadi cili api komen/kritikan dari beberapa orang forumer di situ. Haaa… jangan ingat Akademi Fantasia sahaja bisa bikin kecoh. Mungkinkah itu bermakna kami tidak layak menjadi idola. Untuk jawapannya, anda boleh menilai sendiri. Sila ke sini (telah ditutup)

 

Klik pada poster untuk terus ke CI2 : Spectacular 3 (telah tutup).
Selamat mendengar & undilah dengan bijak.

Anda juga boleh mendengar nyanyian peserta di penyiar rasmi CI2, GOBBLOG.com dan mendengar kritikan / komen / review daripada Buiscasey, bintang Cari Idol musim pertama. Hmmm … masih belum cukup ? Baik, apa kata dengarkan kritikan versi suara dari pengkritik jemputan, yang juga seorang bintang kelahiran Cari Idol pertama iaitu Idolfan. Kritikannya amat saya tertunggu-tunggu setiap minggu. Memang tidak puas mendengar suaranya yang unik dan berslanga mat salleh sikit2 . Tak percaya ? Dengarlah sendiri suara / audio Idolfan, sila klik > Komen Audio Idolfan

Untuk makluman, seorang peserta CI2 iaitu reez54 akan membuat persembahan bersama Ajami, (pengasas GuitaReez : Kelab Penyokong Reez54) untuk MASKARA X bertempat di rumah PENA pada 2 Ogos ini. Peserta ini disebut-sebut oleh forumer akan menjadi juara. Suara yang mantap dan kehandalannya bermain gitar membuatkan setiap persembahanya unik dan betenaga. Mahkota kejuaraan Spec 1 & 2 adalah miliknya tanpa kebacaan satu protes pun !

Walaubagaimanapun harus diingat, lapan lagi peserta yang cukup dedikasi alam setiap tugasan tidak boleh dipencilkan kekuatan mereka. Ada antara mereka yang berpotensi untuk merampas takhta juara sekiranya berjaya memperlihatkan x-faktor dalam nyanyian mereka.

Mereka adalah (mengikut abjad):

1. Bakat (Bila Nak Saksi).
2. ih8u2dEAth (Ketulusan Hati).
3. evil_death78 (Warisan Wanita terakhir).
4. miss_anne (Biarlah Rahsia)
5. miss_ford (Babe),
6. p.caspian (Izinku Pergi),
7. Santeira (Tak Bisa Memilihmu) dan
8. underwoodrockz (Joget Kenangan Manis)

 

Pada saya, mereka juga bisa saja membuat kejutan pada bila-bila masa. Setiap dari mereka mempunyai keunikan yang tersendiri. Namun hakikat yang mereka tidak dapat pertikaikan adalah reez54 tetap unggul berada di takhta teratas untuk 2 spectacular sebelum ini.

Untuk spec ke-3, reez54 memberikan persembahan melalui lagu “Hanya Kau yang Mampu – Aizat “bersama gitar akustiknya dengan improvisasi yang menarik. Malahan ada pengundi yang megatakan “Hanya Kau yang Mampu” versi reez54 adalah lebih sedap daripada versi penyanyi asal, Aizat. Saya percaya takhta spec 3 juga adalah miliknya.

Baiklah, mungkin ada yang ingin bertanya kepada saya : “Kenapa saya memasuki pertandingan ini ?” Untuk jawapannya, sila hayati baik-baik lirik lagu yang saya nyanyikan setiap minggu. Untuk Spec 2 saya menyampaikan lagu favorit saya, ‘Memburu Impian’ (Kaza/Kristal). Berminat untuk melepaskan geram kepada saya ? Kalau anda berani hadapi risiko serangan Kamikaze, silakan ! Saya memang mengimpikan kelab anti-Fairuz Hafeez di situ. Ha ha ha !

Ini adalah berita yang baru kami terima. Menurut sumber-sumber yang dipercayai, seorang peserta telah menimbukan rasa yang tidak berkenan pada beberapa orang forumer (terutamanya otaimer) kerana tindakannya yang dilihat beremosi dan suka menjawab. Peserta ini juga dikatakan tidaklah semegah mana suara dan bakatnya setakat ini. Untuk mengetahui siapakah peserta yang berlagak bagus itu silalah ke KEBUNCIT (Kelab Anti Budak Cari Idol Two).

Pada yang senang dengan kehadiran saya sebagai seorang blogger di alam siber ini, dengarkan pesanan saya :

“Undi dengan bijak dan jangan undi saya kerana http://www.fairuzhafeez.com tetapi undilah saya hanya jika saya layak ! Undi yang bijak dan adil akan menentukan pemenang yang sepatutnya.

Oh ya ! Untuk Spectacular 3, anda perlu mengundi sebelum 12.00 tengahari ini ! Cepat ! Sebab ada sepuluh peserta yang anda perlu dengar sebelum membuat keputusan mengundi. Apa tunggu lagi ? Ayuh kita santap mesej yang menghiburkan ! Cepat klik !!!

My CI2 Tagline :
Wacintalu !

Fairuz Hafeez
Nyanyian Demi Cinta

Advertisements

Tindakan

Information

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s




%d bloggers like this: