Nik Aziz Terima Anugerah Nobel Asia

27 07 2008

Haron Din kagum Mursyidul Am PAS terima Anugerah Nobel Asia
(Daripada Laman Rasmi PAS)

Oleh : Intan Abdullah
Saturday, 26 July 2008

KUALA LUMPUR, 26 Julai – Timbalan Mursyidul Am PAS, Dato’ Dr. Haron Din melahirkan rasa kagum atas penganugerahan hadiah nobel keamanan kepada Mursyidul Am PAS, Tuan Guru Dato’ Nik Abdul Aziz Nik Mat oleh Gusi Peace Price Foundation.

“Saya berasa amat terharu kerana penghargaan ini datang pada waktu dan saat umat Islam di Malaysia dan Asia melihat suatu perkembangan baru umat Islam di rantau ini yang mula meniti kejayaan khasnya bagi pejuang Islam di Malaysia,” ujarnya ketika dihubungi Harakahdaily.

“Sememangnya wajar tokoh itu diberi penghargaan, namun saya sangat yakin bahawa tuan guru tidak pernah mengharapkan anugerah itu kerana beliau lebih menghargai anugerah daripada Allah yang telah meletakkan beliau sebagai pejuang Islam yang beristiqamah, dedikasi dan komited dengan perjuangannya,” katanya lagi.

Kejayaan tersebut ujarnya tidak dapat dipisahkan dengan sumbangan besar ulama’ tersohor itu yang banyak menghasilkan karya, buku, mengajar, memberi pandangan yang kesahihannya menuju ke arah pembinaan ummah berteraskan Islam.

Baca lagi di http://pas.org.my


Fair : Tengok tu, Anugerah Nobel tu .. ingat senang ke mau dapat ? Inilah apabila pemimpin melaksanakan amanah Allah dengan sebaik-baiknya dan penuh istiqamah. Diharap lepas ini ramai pemimpin yang mengikuti jejak langkah Nik Aziz. Pada yang belum tahu sangat pasal Nik Aziz boleh search kat Youtube.

Saya sebelum ini pun ada mengupas mengenai Nik Aziz dan pentadbiran PAS Kelantan. Inilah sebabnya kenaa orang-orang Kelantan tidak mudah diberi segala apa untuk merampas Kelantan dari pemerintahan ulama.

Cuma saya terkilan kerana ada juga pihak yang ingin memburukkan nama Nik Aziz. Ramai pihak ingin mencari keburukannya.

Untuk apa ? Entahlah…

Apa pendapat anda yang cerdik pandai ?

Advertisements

Tindakan

Information

One response

28 07 2008
Amiene Rev

Bagus! Alhamdulillah.

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s




%d bloggers like this: