Selamat Hari Raya Aidilfitri 1429H

30 09 2008

Assalamualaikum semua pembaca yang disayangi. Tup.. tup.. Esok dah rayakan ? Semoga Hari Raya kali ini lebih bermakna untuk kita semua. Maafkan saya jika ada salah dan silap. Maafkan saya juga kerana hanya dapat meng”update” 2 kali sepanjang Ramadhan ini.

Kepada semua pembaca blog saya (walaupun hanya sekali berkunjung), saya ingin menjemput secara terhormatnya tuan-tuan dan puan-puan semua untuk berhari-raya ke rumah saya di No.2, Kampung Buluh, 21700 Kuala Berang, Terengganu (Telefon dulu, bimbang saya tiada di rumah – No. Telefon Rumah 09-6811452)

Maaf, baju Raya tak beli lagi, pakai je apa yg ada utk shoot !

Sebelum meninggalkan rumah anda, jangan lupa kunci pintu pagar betul-betul (mesti ada bunyi klik) dan pastikan kepala penyambung gas telah ditanggalkan (bimbang tikus gigit salur getah gas.

Haaa … pada yang mempunyai ramai anak, pastikan tiada yang tertinggal ya. Begitu juga pada yang ramai isteri. He he !

Pada yang akan pulang hari ini, jangan lupa periksa keadaan kenderaan anda dan yang paling penting keadaan diri pemandu. Jangan biarkan pemandu yang tidak bersedia untuk memandu (mengantuk, letih, pening, tidak sihat).

Pastikan co-pilot adalah seorang yang mulut becok untuk menghalang kemengantukan pemandu (tapi jangan sampai menambahkan ketensionan pemandu pulak). Kepada mereka yang mengambil ubat pastikan bekalan ubat mencukupi ya !Jangan lupa juga kelengkapan anak kecil seperti lampin, susu pastikan cukup.

Ingat !“Biar CERMAT asal SELAMAT !”

“Selamat Hari Raya Aidilfitri”

“Maaf Zahir & Batin”


Salam Cinta !
Mohd Fairuz Mat Zin

Advertisements

Tindakan

Information

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s




%d bloggers like this: