“Open Minded” yang menjahanamkan !

22 12 2008

Assalamualaikum dan salam cinta. Maafkan saya kerana begitu lama tidak menulis. Sambungan internet ke rumah saya baru sahaja dapat diselesaikan setelah kira-kira 4 bulan “koma”.

Kali ini saya ingin membicarakan tentang sikap “open minded” orang kita. Sejak kebelakangan ini saya melihat orang kita suka mengamalkan sesuatu yang tidak selari dengan syarak. Kita sebenarnya tidak perasan bahawa kita membuat dosa tetapi oleh kerana melihat persekitaran masyarakat yang kononnya “open minded”, kita banyak kali tersasar.

Sedar atau tidak perlakuan kita banyak yang menjahanamkan kita. Berikut adalah antara perkara yang saya minta kita nasihatkan generasi bawah kita membuangnya : –


Memakai nandek (tanda khas di dahi seperti ajaran Hindu).

Ramai yang suka berfesyen dengan memakai pakaian ala India serta meletakkan nandek di dahi. Konon-kononnya hendak bagi lengkap identiti keIndiaanya. Saya pun tertanya-tanya, adakah yang di pakai oleh heroin filem/teater “Puteri Gunung Ledang” dan peserta “Sehati Berdansa” juga merupakan nandek ?


Memakai subang, gelang dan rantai bagi lelaki.

Artis-artis ramai yang pakai. Adakah tanpa benda-benda ini nyanyain atau lakonan kita tidak akan menjadi bagus ? Adakah benda ini membuatkan anda nampak hebat ? Mungkin ya bagi yang tidak tidak tahu cuma yang mana kita mahu, dipandang mulia oleh manusia atau Allah S.W.T ?


Memakai tudung tetapi seperti telanjang.

Walaupun tudung dipakai tetapi baju dan seluar yang dipakai ketat. Ada yang lebih melampau sehingga menampakkan kulit bahagian pinggang. Pernah lihat maskot “Smart Generation”, lama web selenggaraan KPDNHEP ? Itu adalah contoh pemakaian yang memalukan wanita yang bertudung. Seolah-olah maskot wanita itu memakai baju renang scuba bersama dengan tudung.


Mengamalkan perkataan yang tidak elok dalam perbualan.

Perkataan seperti “Bangang”, “sial”, “bodoh la”, “bongok la ko ni” menjadi rempah-ratus dalam percakapan seharian tanpa menyedari perkataan-perkataan ini boleh menjadi doa yang dimakbulkan. Nauzubillah !

Cukuplah dulu setakat ini. Kalau hendak cerita banyak sangat. Saya berharap kepada ayah, ibu, abang dan kakak supaya menasihati golongan muda dan remaja agar tidak mengamalkan perkara-perkara di atas.

Salam Cinta !

Advertisements

Tindakan

Information

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s




%d bloggers like this: