Selamat Tahun Baru 2009 !!!

1 01 2009


Kepada semua pengunjung http://www.fairuzhafeez.com/, saya ingin mengucapkan Selamat Menyambut Tahun Baru 2009 ! Semoga tahun ini kita semua semakin sukses, lebih rasional dan bertambah kesyukuran. Kepada sesiapa yang mempunyai azam, kekalkan azam anda sehingga akhir tahun.

Sedar tak sedar juga, umur kita semakin bertambah. Jadilah seperti buah kelapa, semakin tua semakin berlemak. Jangan jadi seperti dadu, dipermainkan dan diperlakukan mengikut kehendak pemain.

Kepada warga Kuala Terengganu yang akan mengundi tidak lama lagi, undilah dengan bijak dan jauh ke depan. Jangan biarkan undian anda hanya bersandarkan berapa dana yang diperolehi oleh anda. Fikirkanlah dalam skop yang lebih luas.

Buat makluman, saya berkemungkinan tidak akan melanjutkan blog berbayar ini selepas ia tamat pada pertengahan Februari ini tetapi akan menggunakan perkhidmatan percuma.Mungkin juga saya hanya menggunakan domain tanpa hosting.

Hingga berjumpa lagi !

Salam Cinta !

Advertisements

Tindakan

Information

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s




%d bloggers like this: