Apakah undian yang bijak untuk P 36 ?

15 01 2009

Sebelum mengundi sila fikirkan pandangan dan logika ini.

1.    Semenjak  PR memenangi kerusi Permatang Pauh, banyak faedah yang diperolehi oleh rakyat Malaysia. Harga minyak telah turun. Kerajaan mula menampakkan minat untuk mengurangkan bebenan rakyat.

2.    Akhirnya Terengganu seperti dianak emaskan. Royalti ingin dikembalikan (secara dasanya sahaja ?). Kedengaran Terengganu akan kaya kembali (rakyat sekali ke ?).

3.    Berikutan kekuatan PR yang bertambah, kerajaan seolah mula mengambil hati rakyat.

Maka dengan itu, jika pengundi P 36 bijak, tuan-tuan dan puan-puan seharusnya sedar kepada siapa undi harus diberikan nanti. Pendapat saya, semakin kuat PR maka semakin banyak bebanan rakyat akan diturunkan.

Jika rakyat Terengganu tidak membenamkan rasa bimbang pada kerajaan BN maka kita seolah-olah puas dengan beberapa “ole-ole” dari BN. Kalau kita jual murah jangan terperanjat jika kita hanya mendapat habuan yang murah-murah sahaja.

Jika PR bertambah satu lagi kerusi di Parlimen maka perdebatan menjadi lebih hebat dan memberi manafaaat kepada kita semua. Ingat ! Semakin kurang jurang perbezaan ahli Parlimen semakin berkualiti kerja-kerja ahli-ahli Parlimen baik PR atau BN.

Ayuh semua ! Terutama penyokong BN dan mereka yang di atas pagar. Berikan kemenangan pada PAS dan tunggu, akan ada lebih banyak tawaran istimewa daripada kerajaan BN untuk memperkukuhkan kuasanya. ! Insya-Allah !!!

Advertisements

Tindakan

Information

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s




%d bloggers like this: