PAS Menang Bergaya PRK K.Terengganu P.36 (Majotiti 2631)

17 01 2009

Alhamdulillah ! Akhirnya calon PAS menang dengan majoriti bergaya 2,631 undi. PAS memperolehi 32,883 undi manakala BN 30,252 undi dan Bebas 193 undi serta hilang wang pertaruhan.

79.73 % keluar mengundi (63,967 daripada 80,229). Dalam pilihanraya umum ke-12 sebelum ini Razali (BN) memperoleh 32,562 undi, manakala Mohamad Sabu 31,934 undi dan Maimun 685 undi.

Pengundi Kuala Terengganu nampaknya sudah berani berubah dan setelah 2 kali kecundang BN pastinya tidak senang duduk. Pengundi Cina dan India juga sudah faham dan tidak lagi diprovok akan kesalahfahaman tentang hukum hudud. Keputusan yang bergaya ini juga menunjukkan sokongan rakyat semakin jitu kepada PR dan menunjukkan kekuatan PR yang jelas walaupun jentera BN didatangkan dari segenap pelusuk negara.

Harapan saya untuk PRK akan datang, kita perlu beri “all out” atau sehabis daya agar PR menang bergaya secara hatrik dan seterusnya memberikan landskap baru politik Malaysia . Dengan kemenangan ini, impian PR untuk membentuk kerajaan bukan lagi omong-omongan dan mimpi di siang hari.

Insya-Allah, lebih banyak tawaran-tawaran istimewa akan diberi oleh BN ! Tunggu dan lihat ! Tidak percaya ? Percayalah !

P/s : Kesian juga kerana BN dah banyak berhabis untuk PRK P36 ini. najib juga diberitakan sudah pulang awal dan tidakberada pada majlis pengumuman keputusan.

Advertisements

Tindakan

Information

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s




%d bloggers like this: