Ketuanan Melayu : Selagi Belum Merasai Nikmat Menjadi Hamba Jangan Bongkak Menjadi Tuan !

18 01 2009

Di mana-mana kita mendengar “Pertahankan ketuanan Melayu !”. Penting sangatkah ketuanan Melayu ? Selama lebih 50 tahun kita merdeka dan menjadi tuan, apakah bangsa Melayu terbela, Islam dijulang ?  Institusi diRaja yang diketahui tidak dipengaruhi politik telah dijolok tengkolok oleh mereka yang “lalok”. Kenapa, adakah kerana mereka yang menjolok itu ikhlas memperjuangkan bangsa Melayu atau hanya sekadar lakonan semata-mata, sayangkan kuasa yang ada di tangan mereka atau … ?

Selama ini kita belajar dalam mata pelajaran Sejarah di sekolah, UMNO yang memerdekakan Malaysia. Cuma, saya yakin ramai yang tidak tahu bahawa kemerdekaan itu bersyarat. Saya juga pasti ramai yang tidak tahu tentang pejuang-pejuang Melayu yang lain yang mencetuskan semangat kemerdekaan. Nama-nama seperti Mat Kilau, Datuk Bahaman dan seterusnya Burhanuddin Helmi, Shamsiah Fakeh semasa era merdeka hanya dikenali tetapi perjuangan mereka tidak ramai yang dapat mengupas sepenuhnya.

Benarkah kemerdekaan bersyarat yang diperolehi menerusi Tunku Abdul Rahman adalah merdeka yang menyeluruh ? Ada pihak berpendapat British memberikan kemerdekaan kepada kita tetapi dalam masa yang sama menyumbat ideologi mereka untuk diguna pakai oleh kita.

Semasa kecil, saya sering bertanya-tanya, mengapa bendera Malaysia “Jalur Gemilang” seakan-akan bendera Amerika. Bila sudah besar, saya cuma memahami dan berfikir bahawa itu hanya kebetulan. Penjajah memang sudah tahu bagiamana hendak menjajah kita selamanya. “Pecah dan perintah” yang dilakukan oleh pihak Bristish telah menyebabkan kaum Melayu ramai yang tinggal dikampung-kampung, kaum Cina di lombong-lombong dan kaum India di estet-estet getah. Apakah tujuan mereka ? Kesan dari “Pecah dan Perintah” ini telah menyebabkan pengagihan ekonomi yang tidak seimbang di antara kaum. Melihat keciciran kaum Melayu dalam ekonomi, kerajaan telah memperkenalkan DEB untuk menolong kaum Melayu tetapi bagaimana pula dengan kaum India ? Sejauh mana DEB benar-benar menolong kaum Melayu  ?

Semasa saya di Selangor tahun lepas, saya berborak dengan uncle India, seorang penjual akhbar di Subang Jaya. Dia kecewa kerana pengorbanan kaum India untuk memajukan estet tidak dipandang selayaknya. Kaum India bersusah payah untuk memajukan estet sejak dahulu. Setelah estet begitu jayanya dimajukan, ada golongan-golongan tertentu yang ingin membangunkan kawasan tersebut dengan hutan batu, katanya. Bagi saya, Sammy Vellu gagal segagal-segagalnya dalam memperjuangkan kaum India kerana itulah Presiden MIC ini kalah mengejut dalam PRU 12. Kaum India sudah muak dengan Sammy Vellu.

Ketuanan Melayu, ungkapan yang lunak didengar tetapi sedarkah kita akan perasaan bangsa bukan Melayu ? Kita memikirkan bangsa kita tanpa memikirkan bangsa India juga masih ramai yang tidak menentu taraf ekonominya. Adilkah kita ? Kita asyik dibuai kenangan yang indah sebagai penduduk asal negara ini bersama dengan kaum peribumi yang lain, tapi dapatkah kita nafikan sumbangan kaum lain terhadap pembangunan ekonomi negara ?  Lihat sahaja senarai 10 yang terkaya di Malaysia, berapa peratus sangat cukai pendapatan yang diperolehi dari jutawan Melayu berbanding dengan jutawan-jutawan bukan bumiputera yang lain ?

Ketuanan Melayu, untuk apa dilaung-laungkan sebenarnya? Mana yang lebih penting untuk keharmonian masyarakat majmuk di negara tercinta ini ? Memperjuangkan nasib Bangsa Malaysia keseluruhan, terus memberi tongkat sakti kepada bangsa Melayu atau memperkayakan beberapa kerat individu Melayu sahaja ?

Sebenarnya Hak-hak istimewa orang-orang melayu telah termaktub di dalam Perlembagaan dan tidaklah perlu dicanang-canangkan hingga mengundang tanda-tanya dan sinis daripada kaum lain.

Bagi saya, Ketuanan Melayu hanyalah slogan untuk mencipta rasa gembira namun hakikatnya ia membuai-buai kita hingga lupa situasi yang sebenarnya. Akhirnya, orang Melayu akan merasakan diri mereka superior tanpa menyedari kita jauh ketinggalan dalam segenap aspek. Setelah lebih 50 tahun merdeka kita masih lagi berfikir tentang subsidi dan kuota.

Apa yang saya lihat, semangat setiakawan dalam Pakatan Rakyat lebih terarah untuk membawa penyatuan yang lebih erat sesama kita. Benarlah, jika sekiranya pemimpin-pemimpin bijak dan rasional maka rakyat yang berbilang bangsa dapat disatukan dengan lebih muhibbah. Golongan bukan Islam lebih terbuka dan berminat untuk menerima Islam.

Ketuanan Melayu juga bagi saya hanyalah slogan untuk mendesak rakyat bersatu di bawah UMNO dengan harapan rakyat merasakan hanya UMNO yang dapat meneruskan survival Melayu. Hakikatnya yang lebih penting adalah Kehormatan Islam terus terbela dan kerajaan tidak lagi mendiskriminasikan rakyat mengikut pegangan politik. Jika rasuah seperti ketidaktelusan pemberian tender dikurangkan sudah tentu kek ekonomi teragih dengan sekata. Jangan lupa, majoriti penduduk Kelantan dan Terengganu adalah Melayu Islam, maka janganlah kerana dendam politik orang Melayu sanggup melihat orang Melayu yang lain dinafikan haknya.

Advertisements

Tindakan

Information

2 responses

26 06 2009
Dulu Ketuanan Melayu, Sekarang Dah Tukar 1Malaysia « Fairuz Hafeez

[…] Nota : Artikel ini merupakan pengembangan terhadap artikel saya yang bertajuk “Ketuanan Melayu : Selagi Belum Merasai Nikmat Menjadi Hamba Jangan Bongkak Menjadi Tuan !&#82… […]

27 06 2009
Dulu Ketuanan Melayu, Sekarang Sudah Tukar 1Malaysia ! « Dewan Pemuda PAS Sarawak

[…] Nota : Artikel ini merupakan pengembangan terhadap artikel saya yang bertajuk “Ketuanan Melayu : Selagi Belum Merasai Nikmat Menjadi Hamba Jangan Bongkak Menjadi Tuan !&#82… […]

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s




%d bloggers like this: