Happy Birthday To Me !!!

4 09 2009

KMF 28 AUGUST 09 (5) edited
Assalamualaikum,

Wah … Sudah lama saya tidak mengemaskinikan blog ini. Tentu ada antara anda yang hampa apabila mendapati entri yang lama dan sama setiap kali ke sini. Maaf sangat-sangat. Sibuk ….. ! Saya sekarang sedang dalam fasa kedua perniagaan, iaitu fasa meniadakan kredit. Fasa pertama, menyediakan suasana dan kualiti yang memuaskan sudah selesai.

Pada yang masih setia berkunjung ke blog ini, terima kasih banyak-banyak. Insya-Allah saya cuba yang termampu untuk sentiasa menghidupkan denyutan nadi blog ini. Tanpa kalian sudah tentu semangat saya kurang dan keberahian saya untuk menulis pun kurang.

Hmmm … Sebut pasal berahi ni, kena kurangkan berahi pada bulan puasa ni. Pada yang berahi cuci mata, kenalah selalu pejam-pejam mata. Pada yang selalu dengar gosip liar, kena tutup telinga dan yang suka menganyam “ketupat”, hentikanlah, nanti malam raya boleh anyam ketupat betul banyak-banyak ! Teringat saya ketika dulu, biasa kedengaran ayat “Bukan nak mengata, benda betul!”. Weshhhh … Ni nak habaq kat hangpa, kalau benda yang betul itu maknanya kita bawak mulut atau mengumpat, dapat ? Tentu ramai yang tanya, kalau benda yang salah pulak, camana ? Kalau yang salah, tapi kita jaja seluruh kampung, itu namanya menabur fitnah ! Ingat dosa fitnah ni jangan main-main.

Mak Cik Ton, Mak Cik Jenab, Mak Cik Munah, Mak Cik Kembang, hentikanlah budaya siaran radio yang tak berbayar tu. Teruk nanti nak gi cari orang yang kita umpat dan fitnah tu kat padang masyhar nanti.

Oppsss … Panjang pula berlebel saya ni. Rasanya sempat lagi walaupun dah lambat, maka dengan ini, saya yang bernama Mohd Fairuz Mat Zin, ingin mengucapkan “Selamat Berpuasa dan Melaksanakan Ibadah di Bulan Ramadhan, Maaf Zahir & Batin”. Cepatnya ??? Ye lah … bimbang juga ada yang terasa jadi saya minta maaf cepat-cepat.

Sekian dulu, jangan ponteng puasa bagi yang sihat walafiat. Doakan kita sentiasa mendapat berkat dari-Nya. Semoga hari pertama genap umur saya 34 tahun dan seterusnya membawa kejayaan untuk perniagaan dan keluarga saya.

Wassalam,

Salam Cinta,

Mohd Fairuz Mat Zin
Chendering, Kuala Terengganu.

*berahi (biasa digunakan sebelah pantai timur) = suka, minat, gemar
berlebel = berleter

Advertisements

Tindakan

Information

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s




%d bloggers like this: