Lagu Puisi : Mantik

2 11 2009

Banner blog Pawaka
Lagu ini antara beberapa masterpiece saya, dan terima kasih tidak terhingga buat Pawaka yang berjaya menghasilkan lirik yang begitu sesuai dan sebati dengan jiwa saya. Saya memberitahunya agar menulis senaskah lirik yang mempunyai pesanan, panduan dan nasihat secara halus serta menyelitkan elemen ” meditasi” (baca : keagamaan) dan “motivasi” . Akhirnya setelah memperuntukkan beberapa pasangan siang dan malam, beliau berjaya menghasilkan lirik dengan tajuk asalnya “Bangkit Bersama Mantik”.

Lirik ini seterusnya mengalami sedikit perubahan kerana anda separuh rangkap yang kedengaran sedikit “klise”. Kini, lirik yang begitu padat dan hebat telah tersedia untuk hidangan jiwa anda. Bagi saya, hasil kerjanya ini begitu teliti dan cukup memuaskan hati saya.

Untuk pengetahuan anda, lagu ini rasanya sudah terhasil lebih tiga tahun yang lalu secara humming. Saya tidak berjaya untuk menghasilkan liriknya dan tidak tahu cara untuk memulakannya. Biasanya lagu yang saya hasilkan telah dicipta sekali dengan lirik : tinggal untuk memperkemaskannya lagi. Dalam satu set klik / lompat-melompat ke blog-blog, satu persinggahan secara tidak sengaja di blog pawaka berlaku membuahkan bibit-bibit persahabatan, menhasilkan kolaborasi dan akhirnya melahirkan karya yang bagi saya “permata yang amat berharga”.

Insya-Allah, saya akan menghadirkan versi youtube. Cuma menunggu pemain gitar kumpulan saya, 24 Band @ nama baru tidak rasmi “Tera” iaitu Saudara Amin, merakamkan petikan gitar bagi menghasilkan minus one lagu ini selepas saya memberinya bahan mentah bagi lagu ini (entah di mana saya simpan salinan digital yang masih mentah itu).

Dengan kehadiran lagu kedua ini selepas “Kisah Mat Rempit” – sebuah lagu untuk projek KEULU dalam dialek Hulu Terengganu (dengarkan versi Youtube di sini), saya semakin hampir untuk menghasilkan album digital pertama saya, “MyWulan Moon” yang tertangguh sekian lama.

Insya-Allah juga, lagu ini mungkin akan bertanding untuk pertandingan lagu puisi tahun hadapan (Pawaka camana ?)

Hayati bait-bait lirik ini dan tinggalkan komen. Apakah interpretasi anda mengenai lagu ini ?

– – – – – – – – – – – – – – – – – – – – – – – – – – – – – – – – – – – – – – – – – – – – – – – – – – –

Mantik

I
Langit biru bukan tanda
Tiada hujan kan menyimbah
Kering kontang tanah gersang
Buat insan yang berfikir

II
Bukan dia dan mereka
Kau kecewa dan merana
Kenal diri kenal semua
Jawabnya ada di sana
[ Korus ]

Sulam mimpi dalam nyata
Kejar angan dalam maya
Ramai muka bermuka-muka
Penuh helah tanpa lelah
Mahu kau kalah

Ini hidup medan catur
Ramai sudah yang tersungkur
Subur jiwa subur rasa
Dengan mantik sama mantik
Bersama mantik

[ Solo ]

III
Bukan semua harus berperang
Namun semua mesti berjuang
Guna akal dan tawakal
Demi cinta yang satu

IV
Akan ada satu masa
Datang lapar dan dahaga
Muncul takut dan gelisah
Jangan kita mudah beralah

[Ulang Korus ]

Seni Lagu: Mohd Fairuz Mat Zin
Seni Kata: Pawaka (http://pawaka1.blogspot.com/)

Advertisements

Tindakan

Information

One response

30 11 2009
pawaka

gua okay je bro

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s




%d bloggers like this: