Hudud – Abang Mat Said jugok hok sedak !

26 09 2011

Utusan Malaysia, Isnin, 26 September 2011 muka surat 5 (Dalam Negeri) melaporkan Datuk Seri Ahmad Said berkata, sebaliknya, ‘percakaran’ antara kedua-dua parti embangkang itu hanya gimik politik.

Bagi saya hanya Mat Said yang boleh berfikir di luar kotak. Mungkin ramai yang terlupa dalam Perjanjian Pakatan Rakyat isu hukum hudud tidak timbul lagi (bagi saya sekurang-kurangnya bagi tempoh 5 tahun pilihanraya walaupun Pakatan Rakyat memerintah). Dalam Buku Jingga pun tidak disebut pelaksanaan hukum Hudud.

Nampak sangat Utusan Malaysia cuba memanaskan isu tersebut dengan tajuk utama “DAP ugut Pas”. Maka nanti banyaklah pihak menyokong tindakan DAP termasuk sebahagian penyokong UMNO (yang tidak bersetuju pelaksanaan Hudud walaupun hanya diimplementasikan ke atas orang Islam melalui Mahkamah Syariah).  Bila tarikh PRU telah ditetapkan, saya merasakan satu rundingan besar akan diadakan antara pemimpin-pemimpin Pakatan Rakyat yang akan mengeluarkan resolusi seperti berikut : –

“Pakatan Rakyat bersetuju Hudud tidak akan diimplementasikan di Malaysia. Walaubagaimanapun di negeri-negeri yang majoriti besarnya orang Islam seperti Kelantan dan Terengganu, satu kajian terperinci tentang pelaksanaan Hudud akan dibuat bagi menentukan sama ada Hudud boleh diwartakan dengan syarat ia hanya meliputi orang Islam sahaja.”

Nah ! Bagi saya, Abang Mat Said jugok hok sedak. Tinggi daya analisanya dan tetap dalam pendirian dan prinsip. Bagi penyokong UMNO yang mahukan hok lame atau hok baru  menggantikan Mat Said, fikirlah, UMNO Terengganu akan jatuh terduduk dalam PRU akan datang tanpa orang seperti Mat Said.

Advertisements

Tindakan

Information

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s




%d bloggers like this: