Maybank Mengiktiraf Patung Lembu Emas Yang Disembah Bani Israel Dulu ?

18 02 2012

Image

Baru-baru ini, login page Maybank2u – perbankan internet Maybank memuatkan gambar patung lembu emas untuk iklan “Maybank Investment bank”. Tindakan ini mengundang pertanyaan dan kekesalan di hati saya.

Kenapa mesti patung lembu emas ? Bukankah telah diceritakan di dalam Al-Quran kisah bani Israel berpaling dari ajaran nabi Musa A. S. dengan menyembah patung lembu emas  sepeninggalan baginda pergi ke Bukit Sina untuk menerima wahyu daripada Allah S.W.T. ?

——

Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang.

“Nabi Musa berkata kepada Samiri :  Jika demikian, pergilah, (engkau adalah diusir dan dipulaukan), kerana sesungguhnya telah ditetapkan bagimu akan berkata dalam kehidupan dunia ini:Jangan sentuh daku, dan sesungguhnya telah dijanjikan lagi untukmu satu balasan akhirat yang engkau tidak sekali-kali akan terlepas daripadanya. Dan (sekarang) lihatlah kepada tuhanmu yang engkau sekian lama menyembahnya, sesungguhnya kami akan membakarnya kemudian kami akan menghancur dan menaburkan serbuknya di laut sehingga hilang lenyap.

Sesungguhnya Tuhan kamu hanya Allah, yang tidak ada Tuhan melainkan Dia, yang meliputi pengetahuan-Nya akan tiap-tiap sesuatu.” (Surah Toha : 97-98)

——

Samiri, seorang pengukir bani Israil  yang begitu handal telah mengumpul barang-barang perhiasan dari emas milik bangsanya untuk dileburkan da seterusnya diukir menjadi sebuah patung anak lembu emas yang begitu cantik. Terpegun dengan keindahan ukiran patung lembu emas itu, apatah lagi patung tersebut boleh bercakap, bani Israil akhirnya memperakui ukiran buatan tangan manusia itu sebagai tuhan sembahan mereka. Nasihat Nabi Harun agar mereka berhenti syirik kepada Allah tidak diendahkan malahan Nabi Harun pula diugut.

Selepas menerima wahyu iatu Kitab Taurat, Nabi Musa terkejutdan bertanya kepada Nabi Harun. Nabi Harun telah bertindak memusnahkannya dengan cara menghancurkannya dan dibuang ke laut.  Samiri pula yang menjadi dalang utama bagi memesongkan akidah kaumnya dihukum dengan dihalau keluar dari situ supaya tidak lagi dapat menghasut kaumnya.

Kaum Nabi Musa amat marah dengan tindakan tersebut dan mencabar Nabi Musa memperlihatkan wajah tuhan yang sebenar kepada mereka. Nabi Musa membawa mereka ke kaki sebuah gunung dan akhirnya Allah mengabulkan permintaan Nabi Musa dengan menurunkan kilat yang cukup hebat menyambar puncak gunung tersebut.  Tidak dapat bertahan dengan kilat yang menggerunkan itu, ramai diantara mereka yang jatuh pengsan. Barulah mereka sedar, bagaimana mereka ingin menyaksikan wajah Allah sedangkan mereka tidak mampu menghadapi kilat yang hanya beberapa detik.

Sebagai tambahan, peristiwa ini berlaku selepas mereka terselamat dari Firaun dan pengikutnya yang diteman laut Merah. Bagaimana mereka walau diberi pertolongan dengan mukjizat yang luar biasa tetapi masih lag syirik kepada tuhan sekelian alam.

Diharapkan dilain masa, syarikat-syarikat korporat peka terhadap isu-isu sensitif dan bukan semborono “main amik je”.

Sumber :

i – Terjemahan Surah Toha 97-98 dari http://www.muslimedia.com.sg/index.php?product=9679751139
ii – Cerita patung emas Samiri dari http://coretanseorangdaie.blogspot.com/2012/02/kisah-samiri-durjana-pengukir-patung.html

Advertisements

Tindakan

Information

One response

21 08 2012
Ahmad Faizal

Salam tuan tanah,
Didalam istilah ekonomi, bull bermaksud nilai saham dalam keadaan menaik atau berpotensi menaik. Dalam ertikata lain, ‘trend’ saham2 dalam keadaan menaik dan adalah masa yang terbaik untuk membeli saham. Dan Bear pula bermaksud kedaan sebaliknya. Dari gambaran M2u tersebut , dari kaca mata ekonomi, bermaksud harga emas berada didalam trend menaik ataupun bull. maka adalah masa ynag baik untuk melabur.

waalikumsalam

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s




%d bloggers like this: