PSY : Bertindak Mengikut Pungutan Suara Majoriti ?

1 03 2013

Kita lupakan “Yes” x 4 dan “No” x 4 pada saat Najib melontarkan “pungutan suara” di majlis sambutan Tahun Baru Cina di Pulau Pinang (merupakan PM Malaysia pada ketika artikel ini mula disiarkan). Semua dah tahu pasal itu. (Link video, sila amati intonasi/nada suara Najib pada 0:50, benarkan Najib mendengar jawapan “No” itu berulangkali ?)

Link video http://www.youtube.com/watch?v=9jocHY5sXxo

Ada satu perkara yang ramai terlepas fikir. Sebenarnya Psy bagaikan seorang genius apabila bertanya secara kiasan tentang kecenderungan politik audien persembahanya di sambutan Tahun Baru Cina, Pulau Pinang baru-baru ini. Bila masa pula Psy bertanya tentang itu dan adakah kerana itu Psy menolak untuk menggaul Yee Sang ?

Sebelum itu, saya ingin menyatakan bahawa lagu Oppa Gangnam Style itu dikatakan oleh sesetengah pihak adalah sindiran kepada rakusnya masyarakat Korea Selatan kepada hidup yang bermewah-mewahan. Psy juga pernah menyanyikan lirik anti-Amerika sebagai bantahan secara seni kepada Amerika. Boleh rujuk pautan ini.

Berbalik kepada soalan secara kiasan pada Majlis Sambutan Tahun Baru Cina, Pulau Pinang, berikut lebih kurang dialog antara Psy dan penonton sejurus menyanyikan lagu Oppa Gangnam Style :

Nota : Pengacara yang bersuara kuat itu juga mengajukan “Anda sudah bersedia ?” selepas ucapan Najib

Psy : Anda sudah bersedia ? (Macam pernah ku dengar je)
Penonton : Yess …

Psy : Anda sudah bersedia ? (Sekali lagi soalan diulang)
Penonton : Yess …

Psy : Okey, jadi ini adalah sebelah kiri dan ini sebelah kanan. Mana pihak yang lebih kuat sorakannya, saya akan “pergi” ke arah itu.

Psy : Sebelah kanan…
Anda Sudah bersedia ?

Penonton sebelah kanan : Yesssss … !

Psy : Tak cukup kuat.

Psy : Sebelah kiri…
Anda Sudah bersedia ?

Penonton sebelah kiri : YESSSSSSS … !!

Saya berpendapat Psy menggunakan kaedah tersirat. Pada tafsiran saya, kanan ialah merujuk pada BN dan kiri ialah PR. Entahlah, mungkin kebetulan, soalan kedua mesti dijawab lebih kuat. Tapi saya yakin semangat “Anti BN” lebih menguasai dari semangat “I love PM” di kalangan audien.

Timbul persoalan pada diri saya, adakah pengacara itu memang sengaja ingin membuatkan PM malu buat kali kedua selepas insiden “No” atau memang pengacara itu lemah dalam memahami teknikal seorang pengacara dan prosedur untuk penyanyi kelas antarabangsa.

Sebagai tambahan, pengacara tidak perlu terjerit-jerit untuk mendapatkan perhatian dan tidak perlu mengulang soalan berikut :

Adakah anda sudah bersedia ?
Adakah anda sudah bersedia untuk 1Malaysia ?
Adakah anda sudah bersedia untuk BN ?
Adakah anda sudah bersedia untuk BN ?

Apa yang saya perhatikan penonton pun malas untuk melaungkan “We want Psy” sebagaimana yang dipinta oleh pengacara (seolah-olah protes secara diam)

Pada saya, Psy mungkin menolak pelawaan menggaul Yee Sang kerana Psy hanya dibayar untuk menyanyi sebuah lagu dan perkara-perkara lain tidak termaktub dalam penjanjian atau mungkin Psy bertindak bijak (selepas menerima banyak komen diFaceBook yang meminta Psy tidak datang ke Pulau Pinang) mengikut keputusan “pungutan suara” di majlis tersebut !

Seruan Ikhlas :
Bukan Melayu saya congak 75% menyokong PR, bermakna DAP menang besar. Sokongan Melayu pula masih yoyo 50 – 50 antara BN dan PR.

Jadilah Melayu yang bijak dengan menyokong secara total calon Melayu PR (baca : Islam). Jika masih menyokong UMNO maka kurang berbisalah ungkapan “PAS ganti UMNO” atau PAS sebagai parti dominan dalam Pakatan Rakyat. Fikir-fikirlah mendalam sebelum kita ketinggalan dalam perjuangan yang satu-satunya peluang keemasan.

“Jangan seperti Melayu bertopi meneguk kopi di bawah kanopi tapi bermimpi akan kecapi nikmat tak bertepi cakap berapi-api tapi diri berfikir sipi-sipi !”

Advertisements

Tindakan

Information

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s




%d bloggers like this: