Video Anwar Terkam Mahasiswa = Tipu ! Tukang Skrip Fail BM dan Buta IT !

7 04 2013

Lepas satu, satu, video dibuat dengan menggunakan wang yang banyak bagi tujuan menjatuhkan kredibiliti Anwar Ibrahim sebagai bakal Perdana Menteri Malaysia.  Lepas satu, satu, jugalah kesemua video ini dikenalpasti adalah rekaan dan mempunyai banyak kelemahan serta kepelikan yang jelas ketara. Terbaru video “Anwar Terkam Mahasiswa” yang mempunyai kelemahan seperti yang saya kenalpasti seperti berikut (maaf terpaksa menggunakan kaedah penomboran seperti Che Det).

1. Video ini memang pelakunya Anwar tetapi telah menggunakan suara dan dialog yang didubbing (alihsuara) semula dengan menggunakan suara orang yang seakan Anwar (mungkin dengan bantuan program komputer).

2. Proses pemilihan dialog dilakukan dengan teliti dan video ini sengaja digelapkan (takkan murah bebenor kameranya) untuk mengelakkan ketidakselarian antara mulut dan dialog Anwar dapat dikesan. Jika anda meneliti berulang kali pasti terdapat perbezaan ketara antara dialog dan mulut Anwar.

3. Dialog ada yang tidak logik. Contohnya, pada 1:02-1:05, selepas Anwar ditanya “kalau you orang yang masyhur, you call saya tak?”, kendengaran macam Anwar sebut ” … BBM.. tak boleh la …” (tidak jelas) dan tiba-tiba berkata ” Walaupun, kadang-kadang I punya tweet ramai orang masuk tau” yang tidak berkaitan langsung dengan soalan tadi dan tone suara pun tidak seperti Anwar (cuba dengar berulangkali, tone suara lebih tebal dan lebih bass). Dialog ini kalau guna tema lain mungkin seperti ini “kalau you orang yang kaya, you makan tak kat Restoran 1Malaysia ?”, dijawab dengan “Ikan goreng sambal, daging masak merah … walaupun, kadang-kadang makanan ramai amik gambar tau”. Walaupun, perkataan “walaupun” itu sendiri adalah mesti dilengkapi dengan perkataan “tetapi”,  tetapi tak ade pun frasa “tetapi” bersama. Kira ayat tergantung la. Nampak sangat tukang buat dialog teruk benor pengetahuan Bahasa melayunya.

4. Lihat mulut Anwar bergerak tanpa dialog pada saat ke 0:42, 1:09, 1:14. Pada saat 1:46, selepas perkataan ‘3 hari’, mulut Anwar masih bergerak tanpa ada suara walaupun secara perlahan.

5. “Hack tak pe, jangan dia masuk. Hack 2, 3 hari boleh masuk balik, tetapi kalau dah masuk dia boleh taip atas nama kita.” Memang kelakar la dialog yang direka ni. Langsung tak logik. Kalau dah kena hack, memang la boleh masuk sebab dah ada password. Nampaknya orang yang reka dialog ni buat IT pulak kekdahnya. Tanyalah hacker mana-mana kalau tak percaya. Hmmm .. dah la BM berat nanang, IT pun buta.

6. Dua kali ada dialog Anwar kata dah ambil/tukar host/server FB/Twitter ke United States. Buat pengetahuan semua, akaun Twitter atau Facebook bukannya seperti lamaweb yang mana pangkalan data (server) kita boleh tukar host ke mana-mana yang kita suka sama ada Malaysia, Singapura atau USA. Tuan punya syarikat Twitter dan Facebook telah membeli host / server mereka sendiri. Bila masa pulak pengguna akaun boleh ubah host/ server Twitter atau Facebook ni ? Tak tau la kalau Anwar ni dah jadi ejen Twitter dan Facebook pulak selepas ejen insurans, ejen kereta dan ejen prepaid.

7. Kamera ini dipasang dibadan “mahasiswa”, maka bolehlah dikatakan Anwar berada setentang dengan kamera dan “mahasiswa”. Pelik juga bila babak last yang dikatakan Anwar “menerkam” tu, “terkaman”nya dilakukan bukan dari depan tetapi dari tepi. Babak “terkaman” tidak jelas dan mungkin kelibat kepala ditambah. Mungkin juga ia sebenarnya adalah Anwar yang bangun beredar sebelum bersalam dan kelajuan video pada babak ini mungkin dipercepatkan bagi menjadikan aksi “terkam” lebih logik.

8. Blogger yang menyiarkan video ini mendakwa rakaman dibuat menggunakan “TALIFON”. Logik ke jika semasa anda bercakap dengan seseorang, kamera telefon dihalakan ke arah anda setiap masa ? Saya berpendapat video ini diambil menggunakan kamera tersembunyi bagi tujuan manipulasi. Siapa orang yang mengambil video ini juga sukar dikesan, kerana kita tidak tahu bila dan dimana lokasi yang tepat bagi video ini.

9. Walaupun ubahsuai / dubbing video ini dibuat dengan agak teliti namun masih ada kesilapan-kesilapan yang telah dibuat seperti juga video-video “Anwar” yang terdahulu. Sebagai makluman, antara kesilapan video dahulu adalah terdapat objek seperti tisu yang dilempar beberapa kali dan juga dua video dengan dua bentuk tubuh dan perut Anwar yang berbeza. Perut boroi dan punggung berisi dalam video dengan perempuan manakala dalam video dengan lelaki, Anwar ternyata tampak lebih kurus, tidak boroi sama sekali, belakang badan yang lebih sasa serta berotot dan memakai seluar dengan pinggang seluar lebih ke atas (nisbah kaki: badan seperti stail zaman 60-an). Video dengan lelaki ini didatangkan tanpa adegan seks, mungkin kena bayaran yang teramat keterlaluan kot kalau nak suruh pelakon buat adegan liwat).

10. Mungkin juga nanti akan ada sambungan bahagian seks dengan paparan siling dan suara mengerang. Ini tidak sukar dilakukan tanpa Anwar, kerana menang bukan suara Anwar di dalam video ini.

11. Kita sebagai orang yang berakal, perlulah tidak seperti lembu yang boleh ditambat hidung untuk mempercayai sesuatu bukti yang ternyata mempunyai terlalu banyak kelemahan. Dekat-dekat pilihanraya ni, jangan percaya bulat-bulat apa sahaja berita dan selidik dahulu kebenaran sebelum membuat penilaian.

12. Sekali lagi saya nak ingatkan, orang Cina dan India majoriti berani berubah menyokong PR. Kita orang Melayu masih ada yang setia dengan BN. Sepatutnya, jika orang Melayu cerdik, sama-sama la kita menyokong PAS atau PKR, baru la kerusi PR (PAS terutamanya) lebih banyak dimenangi dan kuasa orang Melayu dalam kerajaan baru nanti lebih dominan / kuat.  Psstt .. Bekas Jeneral dalam YouTube dan bagitau bahawa risikan-risikan dari pakar risikan telah mendedahkan PR akan menang PRU13 nanti ! Najib pun dalam twitternya membayangkan jika peralihan kuasa berlaku, ia mesti dibuat secara aman (saya cari quote yang asal tapi dah tak jumpa, didelete atau twitter kena hack dan hacker yang tweet kekdahnya ?)

13. Kalau bukan PRU13 ni kita bertindak bijak, sukar untuk kita bertanding secara sihat di atas pentas yang senget sebelah di PRU yang seterusnya. Ini kali lah !

Nota : Kaedah penulisan secara gaya percakapan sengaja dibuat untuk mengelakkan kebosanan semasa membaca. Tak la skima sangat. 

Fairuz Hafeez
https://fairuzhafeez.wordpress.com

Advertisements

Tindakan

Information

2 responses

7 04 2013
abushami

Tahniah dan terima kasih buat saudara Hafeez…saya tidak mempunyai pengetahuan sedalam saudara..maka saudara wajib menyalurkan ilmu itu ke jalan kebenaran dan memberitahu org lain apa yg sewajarnya mereka tahu..saya banyak belajar dengan apa yg saudara tulis…saya dah dapat menilai perkara ini dengan bi,mbingan saudara..terima kasih sekali lagi

15 04 2013
fairuzhafeez

Terima kasih atas penghargaan. Saya terpaksa meluangkan masa untuk menulis kerana saya tahu. Terpulang pada pembaca untuk berfikir seterusnya menerima atau tidak.

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s




%d bloggers like this: