Masanya untuk “Magic”. PAS untuk Semua !

19 04 2013

Tindakan kotor dan jijik SPR untuk halang DAP bertanding nampaknya akan makan diri. Ternyata SPR menjadi alat untuk kerakusan BN yang begitu kecut telur untuk bertanding secara adil di PRU 13. Mengapa sekarang baru nak kecoh pasal benda ni ? Sah bahawa BN mahu bertanding di pentas senget sebelah dengan tangan lawan diikat. Dah la tak tahu malu guna premis dan jabatan kerajaan untuk kempen.

Image
Kredit gambar :  
http://alditta.blogspot.com/

KUALA LUMPUR: Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) mengesahkan tindakan Pendaftar Pertubuhan (ROS) menggantung jawatankuasa pusat DAP tidak akan menghalang parti itu parti itu untuk bertanding pada Pilihan Raya Umum ke-13 ini.

“Tidak affect boleh bertanding,” kata Pengerusi SPR Tan Sri Abdul Aziz Mohd Yusoff melalui SMS kepada Malaysiakini.

Image
Kredit gambar :  http://alditta.blogspot.com/

Iyelah tu, nanti bila dah bertanding guna lambang DAP, dan bila PR menang 2/3 majoriti, aku tak hairan SPR akan sekonyong-konyong membatalkan semua kemenangan DAP dan akhirnya BN menang secara tipu muslihat. Dulu Projek IC dan penyempadan semula dengan nisbah penduduk yang berbeza-beza, kini taktik budak 10 tahun digunakan.

Tiba masanya untuk DAP tetapkan pendirian untuk bertanding atas tiket PAS di Semenanjung dan tiket PKR di Sabah & Sarawak. Usah biarkan mereka memperbodohkan kita lagi. Terus NEKAD untuk bertanding atas nama PAS !

Dengan telah terwujudnya Dewan Himpunan Penyokong PAS (DHPP) dan PAS telah pun meletakkan calon bukan Islam pada PRU kali ini, bukan satu perkara pelik bila calon DAP guna lambang bulan. Imej komunis dan rasis yang ditempelkan oleh BN kepada DAP nampaknya tidak relevan lagi. Masyarakat bukan Islam pula tidak akan mengalami PAS fobia lagi. Terima kasih TGNA kerana sambut hari lahir di rumah Karpal, mantik yang digunakan penuh strategik.

Ini kali lah MAGIC yang halal akan tercipta.Ini kali lah bendera bulan purnama akan menguasai segenap pelusuk negara. Ini kali lah, Islam akan lebih terjulang. Ini kali lah kita tanamkan BN ke dalam liang lahat bersama dendam kesumat mereka yang tidak pernah padam. Allahuakbar !

Terkini !

DAP sah guna logo PAS, KEADILAN

19 April 2013

 KUALA LUMPUR, 19 APR: Parti Tindakan Demokratik (DAP) mengesahkan akan bertanding menggunakan logo PAS pada Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU-13) 5 Mei ini.

Ini berikutan kegagalan Jabatan Pendaftaran Pertubuhan (ROS) untuk menarik balik notis terhadap DAP seperti yang dituntutnya, semalam.

Ketika dihubungi media, Pengerusi DAP Karpal Singh berkata, keputusan itu diambil kerana ‘tiada tanda-tanda surat itu akan ditarik balik oleh ROS’.

“Kami akan teruskan apa yang diputuskan semalam dan bertanding menggunakan lambang PAS di Semenanjung dan PKR di Sabah dan Sarawak,” ujar beliau.

ROS menghantar notis pada petang 17 April lalu mengatakan Jawatankuasa Eksekutif Pusat DAP tidak diiktiraf, walaupun pada paginya bersetuju menangguhkan siasatan terhadap DAP sehingga selepas pilihan raya umum.

Berikutan tindakan yang disifatkan bermotif politik itu, Dapa pada sidang media di Ibu Pejabat DAP semalam; Setiausaha Agung PAS dan PKR bersetuju mengeluarkan watikah membenarkan penggunaan logo parti itu bagi membantu DAP yang teraniaya akibat kekalutan Barisan Nasional (BN). – Roketkini.com

Advertisements

Tindakan

Information

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s




%d bloggers like this: