Semakin longlai…

3 01 2014

“Semakin longlai bangsaku, kuasa wang memilu, kesan belanja haru-biru, sang berkuasa buntu, rakyat mati kutu”

 

Pinjam dari : yobtualangsekah.blogspot.com

Pinjam dari : yobtualangsekah.blogspot.com


Semakin longlai bangsaku..

Menerjah ke alam 2014
suram siang malam
perlukah kita diam dan berkata

“Semuanya ketentuan Ilahi” ?

Sedang rabak yang terkesan dek rakus borosnya wang
buat sistem bunyi K-Pop
buat topi & baju bercopkan “1Malaysia”
buat memenuh poket kroni

Tiba-tiba ada suara :
Ubah cara hidupmu
Berjimatlah…
Dua sudu gula catukan jadi satu
Berala-kadarlah
Kita mangsa ekonomi dunia
Bukan salah penguasa
tapi ketentuan Yang Maha Kuasa

Sedarlah dari mimpi-mimpimu
tika liurbasimu menitik satu demi satu
mengubah cerita peta
sepertimana
peta kita berubah dan mengecil
marhein makin terpencil
berdiri terasa kerdil

Janji kini tinggal janji
seperti diperbudakkan
“Sayang… gula-gulamu memang ayah belikan tapi terjatuh kerana ayah gopoh”

Tinggal lagi, perlukah kita menjilat lagi sekali
manisnya gula-gula itu 3, 4 tahun lagi ?

Advertisements

Tindakan

Information

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s




%d bloggers like this: