Rindukanlah by Fairuz Hafeez (o.a. Encik Mimpi)

24 12 2013

Cover …. Just for Fun …
Lagu asal hakmilik Encik Mimpi & Mice Production
http://www.youtube.com/user/encikmimpi?feature=watch

Lirik Rindukanlah

Ku benar benar sayang pada dirimu oh kasihku
Janganlah oh engkau ragu pada diriku
Daku berkelana mencari harapan yang kita impikan
Dari terbitnya sang surya hingga tenggelam

Daku ini cinta sejatimu
Daku ini harapan hatimu
Oh janganlah engkau bersedih
Oh ikhlas ikhlaskan lah hatimu

Rindu rindukan lah diriku
Sepanjang hari harimu sayangku
Ku adalah milikmu Sayangku ku
Ku adalah milikmu yang kau rindu

Doa doakan lah diriku di dalam hatimu di dalam nafasmu
Sepanjang hari hari mu

Kredit : YouTube  Encik Mimpi





Lagu “Kisah Mat Rempit” Dialek Kuala Berang (18PL Ngeri Kemalangan)

21 02 2009


A song about Mat Rempit (illegal racer) in Hulu Terengganu dialect.

Sebuah lagu mengenai Mat Rempit dalam dialek Hulu Terengganu

KISOH MAT REMPAIT
Lagu / Lirik : Fairuz Hafeez

Naing kisoh mat rempait dok seraik-seraik
Suke sangak merempait biarpung garaik
Dok kire jalang steraik ataupung sempait
Kuna liper punyalah baek

Satauh haraih deme pakat berlumbe
Dok ingak setarang nyawe bukang percume
Jalanraye bukannye hok dime saje
Tapaih hok kite semue

(Chorus)

Tengoh sedak merempait kubo menyelait
Dok dang gih tekang brek jatauh tergulaik
Aduh aduhlah sakait deme bertempaik
Datang polis terapaik deme tersepait
Cari penyakait (Cari lagi nyakait)
Bulehlah sakait (Kang buleh sakait)

Ingatlah waktauh sihat sebelung sakait
Dang gih masauk lang spital susah nok tubaik
Siang ke urang tue wak kuor duit
Nok bulaih ke anoknya balaik

(Solo & Repeat until end of chorus)

Kepade adik-adik jadilah baek
Jangang diikaut sangak prangai dok molek
Hidup di dunie mesti beringat sikait
Barulah sumue dok suspek
Uraung kampung semue respek
Barulah sumue dok suspek
Uraung kampung semue respek

Lagu / lirik : Fairuz Hafeez





Perhatian : www.fairuzhafeez.com akan ditutup !

18 01 2009

Setelah berfikir-fikir maka saya tidak menyambung http://www.fairuzhafeez.com selepas ia tamat pada pertengahn bulan Februari depan. Saya akan menyambung dan menggunakan blog lama saya di http://fairuzhafeez.blogspot.com. Kepada kawan-kawan yang link kepada blog ini harap menukar link ke blog lama saya. Blog lama di blogspot beserta sekali hal-hal serta catitan peribadi saya selain kupasan mengenai politik. Saya merasakan blogspot lebih mudah digunakan dan sudah tentu percuma.

Sekian dimaklumkan.

Mohd Fairuz Mat Zin.





Selamat Tahun Baru 2009 !!!

1 01 2009


Kepada semua pengunjung http://www.fairuzhafeez.com/, saya ingin mengucapkan Selamat Menyambut Tahun Baru 2009 ! Semoga tahun ini kita semua semakin sukses, lebih rasional dan bertambah kesyukuran. Kepada sesiapa yang mempunyai azam, kekalkan azam anda sehingga akhir tahun.

Sedar tak sedar juga, umur kita semakin bertambah. Jadilah seperti buah kelapa, semakin tua semakin berlemak. Jangan jadi seperti dadu, dipermainkan dan diperlakukan mengikut kehendak pemain.

Kepada warga Kuala Terengganu yang akan mengundi tidak lama lagi, undilah dengan bijak dan jauh ke depan. Jangan biarkan undian anda hanya bersandarkan berapa dana yang diperolehi oleh anda. Fikirkanlah dalam skop yang lebih luas.

Buat makluman, saya berkemungkinan tidak akan melanjutkan blog berbayar ini selepas ia tamat pada pertengahan Februari ini tetapi akan menggunakan perkhidmatan percuma.Mungkin juga saya hanya menggunakan domain tanpa hosting.

Hingga berjumpa lagi !

Salam Cinta !





Selamat Menyambut Awal Muharam 1430 Hijrah

30 12 2008

Assalamualaikum W.B.R.,
Kepada semua pelawat yang beragama Islam, saya ingin mengucapkan selamat menyambut Awal Muharam. Sedar tak sedar Awal Muharam hanya beberapa hari jaraknya dengan Tahun Baru 2009. Maaf kerana terlewat mengucapkannya.

Semoga tahun 1430 Hijrah ini akan membawa lebih kebahagian kepada semua !

Salam Cinta !





Selamat Hari Raya Aidilfitri 1429H

30 09 2008

Assalamualaikum semua pembaca yang disayangi. Tup.. tup.. Esok dah rayakan ? Semoga Hari Raya kali ini lebih bermakna untuk kita semua. Maafkan saya jika ada salah dan silap. Maafkan saya juga kerana hanya dapat meng”update” 2 kali sepanjang Ramadhan ini.

Kepada semua pembaca blog saya (walaupun hanya sekali berkunjung), saya ingin menjemput secara terhormatnya tuan-tuan dan puan-puan semua untuk berhari-raya ke rumah saya di No.2, Kampung Buluh, 21700 Kuala Berang, Terengganu (Telefon dulu, bimbang saya tiada di rumah – No. Telefon Rumah 09-6811452)

Maaf, baju Raya tak beli lagi, pakai je apa yg ada utk shoot !

Sebelum meninggalkan rumah anda, jangan lupa kunci pintu pagar betul-betul (mesti ada bunyi klik) dan pastikan kepala penyambung gas telah ditanggalkan (bimbang tikus gigit salur getah gas.

Haaa … pada yang mempunyai ramai anak, pastikan tiada yang tertinggal ya. Begitu juga pada yang ramai isteri. He he !

Pada yang akan pulang hari ini, jangan lupa periksa keadaan kenderaan anda dan yang paling penting keadaan diri pemandu. Jangan biarkan pemandu yang tidak bersedia untuk memandu (mengantuk, letih, pening, tidak sihat).

Pastikan co-pilot adalah seorang yang mulut becok untuk menghalang kemengantukan pemandu (tapi jangan sampai menambahkan ketensionan pemandu pulak). Kepada mereka yang mengambil ubat pastikan bekalan ubat mencukupi ya !Jangan lupa juga kelengkapan anak kecil seperti lampin, susu pastikan cukup.

Ingat !“Biar CERMAT asal SELAMAT !”

“Selamat Hari Raya Aidilfitri”

“Maaf Zahir & Batin”


Salam Cinta !
Mohd Fairuz Mat Zin





MyWulan Moon – Released !!!!!!!

5 09 2008

NOTA TAMBAHAN & TERKINI :
Saya terpaksa menangguhkan album saya kerana masalah-masalah yang tidak dapat diatasi. Trek yang sedia ada telah dipadamkan untuk capaian (kerana tidak mencapai mutu yang diperlukan). Saya memohon maaf atas ralat ini.

Saudara seagamaku dan saudara beza agama yang ku sayangi,Alhamdulillah, saya berjaya melancarkan album online saya “MyWulan Moon – Fairuz Hafeez” semalam, 4hb. September 2008. Kali pertama dilancarkan hanya bersama bonda tersayang manakala kali kedua ialah bersama remaja Kampung Buluh dengan bunyi “letupan” yang amat kuat (faham-faham je tau). Maafkan saya kerana belum dapat memberikan capaian kepada fail lagu-lagu/azan dan zikir tersebut semalam. Oleh kerana kemalangan kecil, temuduga dan persiapan dan juga petir yang telah menyambar komputer di rumah saya (modem dan monitor telah rosak), dengan bahasa popularnya, capaian ke album saya tergendala kerana masalah-maslah teknikal. (Nota: Capaian tersebut saya letakkan di blog saya ini pada hari ini – Satu trek percuma dahulu).

Pada seluruh warga negara Malaysia,

11 hari lagi kita akan menyambut Ulang Tahun Kelahiran Malaysia yang tercinta ! Ayuh kita sambut hari bersejarah tersebut yang dilupakan dan bertekad menjadi satu bangsa yang perkasa : Bangsa Malaysia !

Permisi, Salam cinta !