Interpretasi Lirik Gelita Cahaya (lirik oleh Loloq)

23 11 2013

Gelita Cahaya (Nyanyian Elyana)

Sehuruf demi sehuruf
// Belajar ilmu agama secara Talaqqi
Kalimah warkah ku luntur
// Hadami ilmu
Dibasah gerimis yang turun
// dengan airmata kesedaran

Sendiri di ambang kasih
// Solat sunat / solat taubat
Menghadap gelora rindu
// Perasaan cinta kepada-Nya
Tangisan ku terus mencurah
// Penyesalan kita semakin kuat (Semakin kita mendalami ilmu agama semakin dekat kepada-Nya)
Benarlah tak terona bahasa
Rintihan

//terona (Arab) = terlihat 
// tidak dapat digambarkan keadaan tangisan / kesedaran

(Korus 1)
Cinta umpama bayang datang dan menghilang
Menurut keadaan dan musim
Selalu saja berpihak pada yang dipuja
Tak menguntungkan mereka yang setia

// Mungkin membawa maksud keadaan di dunia

Sehelai daun sehelai
Lembaran haru ku gugur
Di mamah gerhana yang singgah

// Kesedihan hilang satu persatu kerana keinsafan (gerhana)
Terpaksa pujuk hati
Menahan bisikan dusta
Gelita katakan cahaya

// Kita sering mengatakan kegelapan itu adalah cahaya (maksiat itu enak)
Benarlah tak terona bahasa
Rintihan

(Korus 2)
Cinta umpama cahaya sinaran rembulan
Menurut cepat lambatnya malam
Selalu sahaja berpihak pada yang dipuja
Tak pernah menguntungkan mereka setia

(Ulang korus 1 & 2)

Sehuruf demi sehuruf
Kalimah warkah ku luntur
Dibasah gerimis yang turun

Sendiri di ambang kasih
Menghadap gelora rindu
Tangisan ku terus mencurah

 – – – – – – –

Silakan juga untuk membaca interpretasi saya yang lain :
Dakwah Allahyarham Loloq Menerusi Aduh Saleha
Interpretasi : Lirik “Jentayu” – Tongkat Warrant
Sebalik Lagu Haring yang Nyaring – aLi !  

Satu Kelainan Penafsiran oleh : www.fairuzhafeez.net

Disglamer : Artikel ini bebas untuk diforwardkan / diterbitkan di dalam mana-mana blog atau forum. Terima kasih kepada yang mengekalkan keseluruhan artikel dan memberikan kredit.

Advertisements




Sebalik Lagu Haring yang Nyaring – aLi !

25 07 2008

Interpretasi ini (versi yang sebelum ini, iaitu versi 1.0) juga dipaparkan di blog RoslanMukhlis :
http://roslanmukhlis.blogspot.com/2008/07/sebalik-lagu-haring-yang-nyaring-ali.html

Fosil ikan-ikan Haring dari masa 54 hingga 73 juta tahun silam telah dijumpai dan penelitian mendapati ikan-ikan Haring ini tidak berbeza bentuknya dengan yang hidup hari ini.
Fakta ini bertentangan dengan Teori Darwin dan evolusionis yang mengatakan hidupan hidup berevolusi mengikut masa.

Assalaamua’laikum & Salam cinta…

Pernah dengar lagu “Haring” atau Kenal tak aLi ? Pernah dengar dan kenal nampak ? Kalau tak tahu biasalah … aLi ni tak perlu gosip-gosip untuk popular. Tapi kalau sebut Roslan Aziz kenal tak ? Komposer yang menaikkan nama Sheila Majid, Zainal Abidin dan ramai lagi. Bekas pengetua Akademi Fantasia. A ah …. yang mana telah diperdebatkan tentang satu “quote” darinya yang agak kontroversi baru-baru ini. Alaa … kat Tranungkite.net pun kecoh ari tu. Perkara ini juga diceritakan di Blog R.A.P. (Blog Roslan Aziz Productions)

Baik, selepas mengupas “Aduh Saleha” dan “Jentayu”, kedua-dua karya daripada pelirik “penulis lirik” yang telah meninggalkan kita, maka, dengan beraninya saya akan mengupas lirik lagu kumpulan aLi (duo Roslan Aziz & Mukhlis Nor) iaitu Haring yang liriknya ditulis oleh Mukhlis Nor (Lagu “Hijau” nyanyian Zainal Abidin juga ditulis oleh Mukhlis Nor).

Menggunakan genre muzik yang masih “aneh” pada segolongan orang di Malaysia, lagu ini pada saya berjaya memberi satu ideologi baru ke dalam dunia seni tanah air. Saya pasti lagu ini tidak akan mengungguli carta radio kerana pendengar lebih sukakan melankolik dari artistik dan realistik. Walaupun ia bukan muzik metamorfosis yang sepenuhnya namun ia pasti membuat anda ingin berayun-ayunan. Karya ini bagi saya bukan sekadar “Hiburan yang bermesej” tetapi “Mesej yang menghiburkan”.

Silakan hayati, tasiran “Haring” :

 

Haring

Peringatan : Ini hanyalah interpretasi saya dan mungkin tidak melambangkan maksud sebenar penulis lirik ini. Interpretasi ini juga tidak boleh dikaitkan secara terus dengan mana-mana kejadian sehingga ada bukti kukuh yang menyokongnya.

Ku usik kenangan lama

\\ Membuka kembali lembaran sejarah
Bermusim yang hujan dan kering
\\ Semasa senang dan susah
Helang seraya membisik kepadanya
\\ Ketua lanun memberikan arahan kepada orang bawahannya (Identiti Ketua lanun masih lagi tidak diketahui)
Adapun ini khabar yang penting
\\ Tugasan ini amat penting untuk keterusan kelanunan kita

Kemuning berbunga
\\ Kemuning adalah sejenis pokok herba untuk mengubat penyakit kelamin & lain-lain. Bunganya tidak digunakan untuk perubatan, mungkin hanya untuk hiasan. Cuma perlu diingat, tanpa bunga tidak dapat dibuat proses pendebungaan dan seterusnya pensenyawaan.

Di musim dedaunnya kering
\\ Sinis menyindir bagaimana boleh berbunga (dapat duit) sedangkan orang lain yang dilanuni teraniaya, merempat dan sengsara.
Helah ku bertanya tetapi mengah
\\ Ada suara protes tetapi sesiapa yang bersuara jelas pasti akan dicantas pantas dan untuk dapat bertanya perlu berhempas pulas kerana banyaka halangan dan prosedurnya.
Mengapa yang ku terbau haring?
\\ Terbau akan penipuan/penganiayaan/kezaliman yang berlaku (Haring juga adalah nama burung pemangsa)

Lain ayunan
\\ Ayunan adalah benda yang selalu diulang-ulangkan. Bila selalu diulang-ulangkan, orang ramai biasanya akan terpesona. Boleh juga dikira sebagai alasan untuk menutup kelemahan diri-sendiri. Perlu diingat, sesuatu yang berayun juga sukar dipastikan “apokobondonyo” kerana mata kasar manusia sukar untuk melihatnya secara jelas (tidak statik).
Terjadi lagi
\\
Plot dan strategi yang sama dipergunakan lagi.

Orang bulan, orang tepi jalan
\\ Orang bulan : Orang yang mempunyai ilmu agama dan beramal soleh
\\ Orang tepi jalan : Orang yang berniaga iaitu mempunyai premis perniagaan. (Mungkin juga orang yang suka dengar ceramah & juga orang yang suka berjalan kaki ?)

Dapat memahami keadaan ini
\\ Akan faham apa sebenarnya berlaku. Siapa yang benar? Orang beragama hatinya bersih dan senang menafsir sebalik kejadian manakala peniaga pula selalu berinteraksi dengan pelanggan yang terdiri dari guru, peguam mahupun penggubal undang-undang.

Ku usik kenangan lama
Bermusim yang hujan dan kering
Helang seraya membisik kepadanya
Adapun ini khabar yang penting

Kemuning berbunga
Di musim dedaunnya kering
Helah ku bertanya tetapi mengah
Mengapa yang ku terbau haring?
\\ Haring juga merujuk pada ikan Haring yang ditemui fosilnya puluhan juta tahun yang silam tetapi tidak pernah berevolusi. Maka nyatalah Teori Darwin hanyalah sampah (aLi menyindir teori ini melalui grafik manusia beruk pada kulit album terawalnya).
\\ Juga terbukti DNA tidak pernah berubah walau berjuta tahun berlalu kerana saintis telah mengkaji DNA dinasour menggunakan DNA dari fosil yang pastinya berusia jutaan tahun.

Lain ayunan
Terjadi lagi
Orang bulan, orang tepi jalan
Dapat memahami keadaan ini

Lain ayunan
Terjadi lagi
Orang bulan, orang tepi jalan
Dapat memahami keadaan ini

Lain ayunan
Terjadi lagi
Orang bulan, orang tepi jalan
Dapat memahami keadaan ini
\\ Korus yang sama diulang kerana menekankan bahawa hanya orang-orang tertentu sahaja yang dapat menggunakan hati dan akal mereka untuk keadilan.
\\ Dan oleh kerana ia menceritakan ayun-ayunan makan mestilah diulang-ulang. Err… agak-agak bosan tak ? Cubalah dengar lagunya atau lebih baik terus beli secara online atau dapatkan di kedai (dilancarkan pada 08.08.08)
\\ Oleh kerana ia panas maka ayun di sini mungkin disalahertikan menjadi “mangkuk tingkat”…  Oopss .. “mangkuk hayun”.. He he ..

S & J : Orang bulan itu Sheikh Muzaffar ke ? Bukan .. “Ultraman & Superman” ! “Sheikh Muzaffar tu pelancong angkasa ..” kata kawan saya.

Nota I : Berminat untuk membeli “Haring” secara on-line ? Tak mahal $ 0.75 – $ 0.99 sahaja ! Sila ke blog aLi the album untuk membeli <klik>

Nota II : Pentafsiran versi 2.0 pada 22hb. Ogos 2008.

Nota III : Silakan juga menggali apa yang diutarakan di dalam lagu “Nonterro” yang menceritakan kisah “lubang” di blog RoslanMukhlis (Jumpa tak profile Anwar kat sana ?). Kalau ada permintaan-permintaan yang mendorong, insya-Allah saya akan kupaskan pula Nonterro. <klik>

Silakan juga untuk membaca interpretasi saya yang lain :
Interpretasi : Lirik “Jentayu” – Tongkat Warrant
Dakwah Allahyarham Loloq Menerusi lirik “Aduh Saleha”

 Haring – Satu Kelainan Penafsiran (versi 2.0) oleh :
www.fairuzhafeez.net

Disglamer : Artikel ini bebas untuk diforwardkan / diterbitkan di dalam mana-mana blog atau forum.
Terima kasih kepada yang mengekalkan keseluruhan artikel dan memberikan kredit.