Interpretasi Lirik Meniti Titian Usang (Nyanyian Search / M. Nasir)

15 11 2013

Lagu : Meniti Titian Usang
Penyanyi : Search (Album “Langit & Bumi”), M. Nasir (Album “Terunggul”)
Penulis Lirik : M. Nasir

MENITI TITIAN USANG

// Titian Usang sebagai perlambangan perjuangan kita meniti kehidupan di dunia yang sudah berusia (usang). Kehidupan kita hari ini berada dalam semangat Islam yang tidak kukuh (usang). Jika baik cara kita menjalani kehidupan (meniti titian) maka lancarlah kita berjalan meniti titian Siratul Mustaqim

Kertas putih salju
// Manusia dilahirkan sebagai kain putih, tiada dosa
Ku coretkan kedukaanku
// Kita sering saja berdukacita atas ujian
// Metafora : Dosa
Hitam dan kelabu
// Benda yang haram dan syubhah
Adalah warna dalam hidupku
// Bermain dalam kehidupan walaupun sedar akan dosa
Kejutkanlah aku kawan
// Sedarkanlah aku (agar dapat meninggalkan maksiat)
Aku sedang bermimpi
// Aku tidak berpijak pada realiti
Kejutkanlah aku kawan 
// Nasihatkanlah aku kawan
Yang sengsara dalam sepi
// Yang tidak bahagia kerana mengasingkan diri dari orang-orang yang soleh & solehah

Gementar kakiku Meniti titian usang
Berdegup jantungku Apakah dapat ku ke seberang
// Metafora menggambarkan keadaaan semasa meniti titian Siratul Mustaqim
// Juga metafora akan kemampuan kita berhijrah kepada kehidupan yang diredhai dalam dunia yang serba mencabar iman (titian usang).
Sambutlah tanganku kawan Aku takut tenggelam
// Bimbang diri terus hanyut dalam maksiat dosa
Sambutlah tanganku kawan Jurangnya sangat dalam
// Bila hanyut, sukar untuk berubah (jauh dari Nur)
Jurangnya sangat mengerikan
Ramai yang telah kecundang

Dia sedang menunggu
Untuk memimpinku
// In Sha Allah,  dengan amal yang baik, kita akan beroleh syafaat dari Rasullulah
Di seberang sana Adanya cahaya
// Semoga lepas ke sana, ke syurga
// Secara keseluruhan, lirik ini menceritakan seseorang yang ingin bertaubat dari dosa-dosanya yang lalu

Sumber lirik asal : http://www.liriklagumuzika.com

– – – – – – –
Silakan juga untuk membaca interpretasi saya yang lain :
Dakwah Allahyarham Loloq Menerusi Aduh Saleha
Interpretasi : Lirik “Jentayu” – Tongkat Warrant
Sebalik Lagu Haring yang Nyaring – aLi !  

Satu Kelainan Penafsiran oleh : www.fairuzhafeez.net

Disglamer : Artikel ini bebas untuk diforwardkan / diterbitkan di dalam mana-mana blog atau forum. Terima kasih kepada yang mengekalkan keseluruhan artikel dan memberikan kredit.

 





Interpretasi Lirik Lagu Apokalips – M. Nasir / Loloq

12 11 2013

Apokalips 

Credit : http://carolinacobra.carowinds.com

Allahyarham Rosli Khamis atau lebih dikenali sebagai Loloq banyak menghasilkan karya-karya seni yang berunsur dakwah. Lirik-lirik seperti Aduh Saleha (Mawi) – Ragu ? Sila baca artikel mengenai dakwah lirik lagu ini di SINI, Irama Marakas (Amy Search) – juga lirik yang paling menyentuh hati penyanyinya, Tanya Sama Itu Hud-Hud (M. Nasir) merupakan karya-karya dakwah secara tersurat & tersirat.

Apokalips
Penyanyi : M. Nasir
Lirik : Loloq
Lagu : M. Nasir

// An apocalypse (Ancient Greek: ἀποκάλυψιςapocálypsis, from ἀπό and καλύπτω meaning ‘un-covering’), translated literally from Greek, is a disclosure of knowledge, i.e., a lifting of the veil or revelation, although this sense did not enter English until the 14th century.[1] In religious contexts it is usually a disclosure of something hidden.

// Today, it is commonly used in reference to any prophetic revelation or so-called End Time scenario, or to the end of the worldin general. Source – WikiPedia (Please refer Islamic Eschatology on Wikipedia too at HERE)

1 2 3 Do Re Mi
// Kita manusia selalu berfikir tentang duit & hiburan

Apa nak jadi
Alif Bata A B C
// Kita meminggirkan al-Quran dan juga ilmu yang bermanfaat

Apa nak jadi
Akan terjadi
// Qada & qada

Hujan pasti berhenti
// Alam mengikut peredaran yang telah ditentukan
// Hujan sebagai lambang rahmat yang pasti ada penamatnya

Ada masanya aku suka berteman
// Solat berjemaah & segala aktiviti bermasyarakat

Ada masanya aku suka bersendiri

// Solat tahajud, solat taubat, muhasabah diri
Ada masanya aku suka berjalan
// Menziarahi & bergerak mencari ilmu / rezeki / sahabat / hiburan

Ada masanya aku suka berehat
// Rehat dan tidur – itulah had kita sebagai makhluk yang pasti penat

Ada masanya engkau suka berteman
Ada masanya engkau suka bersendiri
Ada masanya engkau suka berjalan
Ada masanya engkau suka apa yang ku suka
// Kita semua sama, “bebas” melakukan apa yang kita suka dengan izin Allah.

Hidup dan nasib roler koster
// Roler koster – permainan yang mengujakan, kadang kita rasa takut, kedang kita rasa seronok. Begitu juga aras kebahagian dan rezeki kita, kadang ada, kadang tiada. Jika mahu thrill yg lebih menguja silakan pilih roler koster yg lebih mencabar, jika tidak pilih saja yg layaknya untuk kanak-kanak.

Susah dan senang bersilih ganti
// Alif Laam Miim,[1]. Apakah manusia itu mengira bahawa mereka dibiarkan (saja) mengatakan:”Kami telah beriman”, sedang mereka tidak diuji lagi?[2]. Surah Al-’Ankabut, ayat 1 & 2

Bila-bila boleh naik dan turun
// Kita tidak tau apa nasib kita maka ingatlah 5 perkara sebelum 5 perkara.

Apokalips x 4

1 2 3 Do Re Mi
Apa nak jadi
Alif Bata A B C
Apa nak jadi
Akan terjadi
Hujan pasti berhenti

Ada masanya kita suka berteman
Ada masanya kita suka bersendiri
Ada masanya kita suka berjalan
Ada masanya kita suka

————————————————————————————

Untuk Renungan Bersama (tambahan pengajaran) : –

Terjemahan Surah al-Muddatstsir (Ayat 32 – 47)


كَلاَّ وَالْقَمَرِ

32. Sekali-kali tidak[3], demi bulan,

وَاللَّيْلِ إِذْ أَدْبَرَ

33. dan malam ketika telah berlalu,

وَالصُّبْحِ إِذَا أَسْفَرَ

34. dan subuh apabila mulai terang.
 
إِنَّهَا لَإِحْدَى الْكُبَرِ

35. Sesungguhnya Saqar itu adalah salah satu bencana yang amat besar,

نَذِيرًا لِّلْبَشَرِ

36. sebagai ancaman bagi manusia.

لِمَن شَآءَ مِنكُمْ أَن يَتَقَدَّمَ أَوْ يَتَأَخَّرَ

37. (yaitu) bagi siapa di antaramu yang berkehendak akan maju atau mundur[4].

 كُلُّ نَفْسٍ بِمَا كَسَبَتْ رَهِينَةٌ

38. Tiap-tiap diri bertanggung jawab atas apa yang telah diperbuatnya,

 إِلاَّ أَصْحَابَ الْيَمِينِ

39. kecuali golongan kanan,

فِي جَنَّاتٍ يَتَسَآءَلُونَ

40. berada di dalam surga, mereka tanya menanya,

 عَنِ الْمُجْرِمِينَ

41. tentang (keadaan) orang-orang yang berdosa,

 مَا سَلَكَكُمْ فِي سَقَرَ

42. “Apakah yang memasukkan kamu ke dalam Saqar (neraka)?”

 قَالُوا لَمْ نَكُ مِنَ الْمُصَلِّينَ

43. Mereka menjawab: “Kami dahulu tidak termasuk orang-orang yang mengerjakan shalat,

 وَلَمْ نَكُ نُطْعِمُ الْمِسْكِينَ

44. dan kami tidak (pula) memberi makan orang miskin,

 وَكُنَّا نَخُوضُ مَعَ الْخَائِضِينَ

45. dan adalah kami membicarakan yang bathil, bersama dengan orang-orang yang membicarakannya,

وَكُنَّا نُكَذِّبُ بِيَوْمِ الدِّينِ

46. dan adalah kami mendustakan hari pembalasan,

حَتَّى أَتَانَا الْيَقِينُ

47. hingga datang kepada kami kematian”.

Sumber Terjemahan Surah al-Muddatstsir :
abihumaid.wodpress.com

————————————————————————————

Silakan juga untuk membaca interpretasi saya yang lain :

Dakwah Allahyarham Loloq Menerusi Aduh Saleha
Interpretasi : Lirik “Jentayu” – Tongkat Warrant
Sebalik Lagu Haring yang Nyaring – aLi !
Interpretasi Lirik “Meniti Titian Usang” – Search
Artikel asal oleh : Fairuz Hafeez – www.fairuzhafeez.net
(Perkongsian dialu-alukan, Sila sertakan kredit ini jika ingin dikongsi diblog/laman web/e-mel)





Husam dan Azmin : Ujian Kesetiaan & Intergriti

10 05 2013

Picture from http://gosippolitikmalaysia.wordpress.com/ (Edited)
Gambar dari 
http://gosippolitikmalaysia.wordpress.com (Edit Semula)

Pada pendapat saya, nilai kesetiaan diuji atas hati sanubari dua insan ini. Kedua-duanya masih belum masak ranum untuk diletakkan di barisan atas. Seharusnya kedua-dua insan ini mengikut rentak dan masa. Tiba masanya, jika layak dan mendapat sokongan akan dinobatkan menjadi nakhoda.

Elakkan meredah arus dan mengkritik dalam media terbuka tanpa sembunyi. Sesungguhnya rakyat dan pemimpin atasan sedang meneliti ketahanan kamu berdua mengawal keghairahan dan jiwa muda dalam membuktikan keupayaan kamu. Senioriti masih menjadi aspek penting dalam menentukan susur galur pimpinan. Kawal penyokong kamu melalui kepimpinan melalui teladan. Kami tidak mahu kecewa sekiranya kamu berdua gugur sebelum ranum. Ingat, jika jodoh tidak ke mana.





BEDAH SIASAT PRU 2008 – 16 Sedekah Buat UMNO

4 05 2013

Anwar Ibrahim Masih Relevan Malahan Semakin Advance

Anwar masih dilihat sebagai bakal Perdana Menteri yang cukup karisma. Rakyat melihat beliau sebagai pemimpin berjiwa rakyat sementelah lagi beliau pernah dimalukan, ditumbuk, dihina, dipenjara dan di”telanjang”kan. Penderitaan yang dialami memberikannya gambaran relatif yang jelas terhadap nilai keselamatan, keamanan dan kemakmuran. Segala lumpur-lumpur di jasad beliau telahpun diBERSIHkan penderitaan yang beliau bisa maafkan.

Rakyat masih memikirkan Anwar patut menerima “bayaran hutang” yang telah dinafikan walaupun tinggal setapak lagi. Bukti bahawa Anwar tidak bersalah amat jelas setelah dia dibebaskan dan pengakuan Dr. M bahawa dia pernah menganiaya Anwar di dalam YouTube (Dr. M kemudiannya menafikan di televisyen dengan memberitahu ucapannya itu hanya sinikal / sindiran)

Tiada Perubahan Yang Signifikan

Peniaga merasakan keuntungan semakin kurang. Golongan muda yang belum mampan ekonominya ingin satu lonjakan ekonomi. Penganggur pula dambakan pekerjaan untuk sesuap nasi. Yang fakir amat miskin kekal dengan dangau yang atapnya bocor dan lantainya reput.

Duit yang Mengecil

Duit yang semakin merosot nilainya menbebankan rakyat hampir keseluruhannya. Di kota-kota besar, mempunyai dua kerja adalah perkara yang biasa. Keluarga yang ramai anak yang masih bersekolah pula seperti diperkotak-katikkan apabila masih perlu menyediakan ratusan RM walaupun menteri mendakwa telah memansuhkan yuran persekolahan.


Kosmetik, Kosmo dan Kos

Kerajaan begitu ghairah dengan projek-projek mega yang tidak nampak akan menguntungkan rakyat untuk jangka masa panjang apatah lagi untuk jangka masa pendek. Kerajaan yang dulunya menganggap pembangkang seperti roket rindukan bulan akhirnya turut mengimpikan roket untuk ke bulan. Tidak dinafikan projek kosmo ini menjadi penyuntik semangat kepada generasi muda namun sebahagian rakyat menganggap belum sampai masanya untuk “indah khabar dari rupa”.

Diskriminasi dan Intergriti

MIC dan MCA dilihat gagal memainkan peranan untuk membela kaum yang diwakili. Intergriti yang dilaung-laungkan juga nampaknya masih jauh untuk direalitikan (mungkin ketara semasa orientasi IPTA sahaja). Sensitiviti kaum lain tidak dijaga apatah lagi pemimpin Melayu menghunuskan keris tanpa sarung sewenang-wenangnya.

Komunikasi yang Gagal

Walaupun Pak Lah mengatakan sudi untuk mendengar realiti walaupun pahit namun hakikatnya semua yang di bawahnya hanya berani memberitahu benda yang indah-indah sahaja. Ketidaktegasan Pak Lah dalam isu-isu besar dan kegagalannya mengawal orang-orang bawahannya menyebabkan rakyat melihat Pak Lah kurang kredibiliti. Pak Lah juga menganggap tidak perlu lagi mendengar nasihat dari orang yang menyerahkan kuasa kepadanya.

Kritikan pembangkang pula hanya didengar sebagai satu usaha untuk menyalahkan dan mengajar kerajaan sedangkan kerajaan sudah ada cerdik pandainya sendiri.

Pucuk pimpinan UMNO juga tidak menghargai sepenuhnya pandangan veteran-veteran UMNO yang dianggap sudah “pencen” sedangkan mereka orang yang lama makan garam dan gula.

Rakyat Sudah Penat

Rakyat sudah bersuara secara aman tetapi suara mereka dianggap sebagai pencemaran bunyi. Apabila merasakan pemimpin bukan lagi menjadi wakil bagi rakyat maka rakyat menafikan BN melalui pilihanraya. Bagi mereka itu adalah cara terbaik untuk mengajar BN.

Layanan Tidak Memuaskan Semua Kaum

Kekurangcerdikan pemimpin utama BN dalam menyelesaikan isu-isu sensitif seperti Shi Ciu (Betulkan jika namanya silap) dan juga Hindraf menjadikan isu itu dilihat menggambarkan kelemahan layanan kerajaan terhadap golongan-golongan tertentu.

Media yang Meloyakan

Tiada ruang yang selayaknya untuk pembangkang malahan pembangkang dilanyak sebanyak-banyaknya. Iklan untuk memenangkan BN dan memalukan BR dimainkan saban jam.

Kepimpinan bersih Kelantan diperburukkan. Tonggak utama PAS cuba diaibkan sebaik mungkin. Segala “kesilapan” Nik Aziz dan Hadi dicari seterusnya proses cut & paste pun digunakan bersama olahan berita secukup rasa. Keterdesakan untuk mencari bahan untuk mengaibkan terlalu ketara. Gamaknya jika Nik Aziz terkentut satu rancangan khas tentang itu akan disiarkan di RTM selama sejam setiap malam mengantikan slot berita.

SPR yang Celaru

Sekejap mati setem, sekejap tidak. Masa untuk mematikan setem pun amat tidak logik apabila arahan diterima pembangkang pada hari Khamis sedangkan di sesetengah negeri, Jumaat merupakan hari cuti. Sekejap pakai dakwat, sekejap tidak. Setelah kabinet dan majlis fatwa membenarkan isu keselamatan digunakan apabila SPR mendakwa ada pihak yang membeli dakwat tersebut yang hingga ke hari ini tidak diketahui siapakah orangnya.

Satu perkara yang memeranjatkan apabila umur persaraan kakitangan kerajaan dinaikkan dari 55 kepada 56 tahun. Tindakan ini didakwa sebagai penerusan kuasa dengan melanjutkan kuasa kepada pengarah SPR untuk terus mengarah SPR. Kerahsiaan kertas undi yang mempunyai nombor siri dan telus relevannya undi pos terus diperkatakan.


Yakin Melampau dan Cakap Besar

BN dibuai mimpi indah setelah PRU 11 mencatatkan kejayaan yang lebih baik daripada era Mahathir. Mereka menganggap keputusan itu akan kekal selama bertahun-tahun sehingga PRU 12 dan ada di kalangan pemimpin mereka bercakap besar dengan kekuatan mereka.


Pemimpin Korup

Ini sebenarnya yang menjadi duri dalam daging dalam BN. Semangat Pak Lah menghapuskan rasuah selepas baru mendapat mandat hanya hanya tinggal kenangan. Najis rasuah atau bahasa lembutnya politik wang masih memainkan peranan dalam perebutan dan pengekalan kuasa pemimpin-pemimpin BN. Mungkinkah benar kata-kata “Kalau si ayah kencing berdiri, sudah tentu si anak kencing berlari”.

Manakala para MB, YB dan seterusnya JKKK dilihat tidak memainkan peranan yang sejujurnya kepada masyarakat. Seringkali kepentingan politik diutamakan dari kepentingan rakyat keseluruhan tanpa mengira parti. Sikap ini terus menjengkelkan golongan pembangkang dan menyebabkan mereka geli untuk mendekati pemimpin kawasan mereka.


Rakyat Sudah Matang dan Berani Berubah

Apabila tiada ruang untuk pembangkang di medai massa, rakyat mencari-cari maklumat pembangkang dari sumber lain seperti internet. Mencari maklumat berbeza dengan diberi maklumat kerana maklumat yang diberi kerana apabila sesuatu itu dicari, maklumat itu akan menjadi beharga bila dijumpai.

Boleh dikatakan majoriti kaum Cina dan India sanggup berubah dan menghadapi risiko dengan memberikan undian kepada pembangkang namun kaum Melayu masih lagi menganggap UMNO adalah warisan yang harus dipertahankan.


Protes Dalaman

Sudah menjadi budaya dalam UMNO apabila pangkat dicari maka tidak menjadi kehairanan apabila “musuh dalam selimut” sentiasa ada di mana-mana peringkat. Dendam berdendam demi politik survival adalah lumrah.

Politik Perkauman Tidak Relevan Lagi

Setelah 50 tahun merdeka, politik assabiyyah tidak lagi diterima kerana bila hipokrit di hadapan bangsa lain, bangsa sendiri mengata, bila jujur, bangsa lain akan boikot.

Fahaman assabiyah telah ditolak oleh Islam. Contoh terdekat dan nyata ialah bangsa Yahudi yang tidak dapat menerima nabi daripada bangsa lain. Secara realitinya, seseorang tidak boleh mengubah status bangsanya tapi boleh mengubah status agamanya sesuka hati.

Bloggers

Jika anda membaca dari mula hingga ke bahagian ini bermakna peranan penulis blog tidak harus dipandang ringan. Mungkin ungkapan “Mata pena lebih tajam daripada mata pedang” bila diterjemahkan didalam versi siber menjadi “Ketukan papan kekunci lebih kuat dari letupan gunung berapi”.

KONKLUSI

Jika hendak dicari dan dihurai punca kekalahan BN, 7 hari 7 malam tidak mencukupi. Apa yang dinyatakan di atas hanyalah sebahagian daripada sebabnya. Bagi saya tidaklah perlu menampal bocor di kapal yang lama sedangkan kapal yang baru yang lebih laju dan cantik dapat menerima penumpang kapal yang lama dengan syarat dicuci lumpur di kakinya.

Ingat, MCA dan MIC sudah tidak relevan untuk kaum Cina dan India cuma UMNO sahaja yang masih mendapat sebahagian sokongan kaum Melayu. Sekali lagi diingatkan untuk orang Melayu, kalau tidak mahu “mabuk laut” sila naik kapal baru ! Jom sama-sama bercuti di tengah laut menyaksikan biru langit dan indahnya wulan !

Kita jangan buang masa, 
bertindak masuk BA (PR) segera, 
bukannya sengketa sesamalah kita, 
langit dijunjung milik semua !

Ketukan Papan Kekunci
Mohd Fairuz Mat Zin

(siaran ulangan)





Industri Hiburan akan Hancur jika PR Memerintah ?

1 05 2013

Apa saja yang PAS buat bersandarkan Al-Quran dan As-Sunnah. Apapun saya tak percaya PAS akan hancurkan industri hiburan negara. Hiburan dibolehkan dalam Islam tapi mesti ada garis pandudan / guideline.

Dulu ada satu filem Iran yang menang anugerah walaupun tiada bersentuhan lelaki dan perempuan. Hiburan itu abstrak dan x semestinya kita hanya terhibur dengan adegan ranjang dalam filem atau lagu-lagu yg menyuruh kita berjoget, merangsangkan nafsu atau lagu ala kelucahan seperti lagu dandut. Hiburan yang mempunyai nilai intelektual lebih memberi kesan dari kebanyakan produk seni kita dewasa ini yang bertaraf hampas. 

Terpulang pada kita, nak lara & dosa atau nak ilmu & pahala.

Nota : PR tak akan sengaja drastik tukar 180% arah hiburan kita. Step by step, sehingga kita mampu hadami.





TGHH Bolehlah Saman www.terengganutoday.com

24 04 2013

Karikatur ini seolah nak bagitau TGHH nak tempah bilik hotel untuk melakukan seks. Boleh sangatlah kalau TGHH nak saman sebab memang dah melampau tindakan mereka. Saya memang tak faham kenapa ada pemimpin UMNO yang sanggup pautkan laman ini dari laman web mereka (ya .. saya klik pautan ke laman ini dari laman web seorang pemimpin UMNO Terengganu). Image

 

ss

 

Teruk sangat keterdesakan mereka. 





3 Nama, Tarikh Lahir & 3 Negeri yang Sama tapi 3 IC Berbeza !

21 04 2013

Mak aii …. ! Dapat dari Tweet President PenaBung @Rozamin Ryang di Retweeted oleh AdamAdli @AdamAdli. Ni ha … Apa kes ni ? 3 nama yang sama, 3 tarikh lahir yang sama dan 3 negeri yang sama tetapi 3 nombor IC yang berbeza (4 nombor belakang). Agaknya mungkin data entry SPR mengantuk sangat kot sampai 3 kali key-in nama yang sama.

Aduii … Kalau macam ni berat nanang sungguh. Kalau 2 kali saloh key-in kire parok doh, tapi ni 3 kali boh. Nok kire lagu mane gining ? Ce citer, ce citer ?

AB RAPAR BIN AWANG
490715065233
490715065161
490715065137

p/s : Derah2 sikit kalau  nok tengok, kek gi kena padam tadok doh. Gi sining ye http://daftarj.spr.gov.my/semakpru13.aspx

Image

3 nama bertindih AB RAPAR BIN AWANG