Ikan Melompat ke Daratan di Lahad Datu – 24 Disember 2013 (Video)

24 12 2013

Video 1 : 
Video 2 : 

Apakah fenomena ini sebagai amaran dan petanda Tsunami tahun 2004 berulang lagi ? Pada 24 Disember 2004, begitu banyak ikan-ikan kecil yang berlumba-lumba  melompat ke daratan. Fenomena tersebut disusuli Gelombang Tsunami pada 26 Disember 2004 sehari selepas Krismas. Tsunami 2004 banyak mengorbankan nyawa dah memusnahkan harta benda.

Sebelum kejadian ikan melompat di Lahad Datu ini, seorang penduduk yang tinggal beratus kilometer dari Lahad Datu telah mengesahkan gegaran gegaran kecil selama 5 saat pada hari ini 24 Disember 2013. Gegaran ini sebenarnya adalah berpunca dari kejadian gempa bumi berskala 5.7 Ritcher di Kepulauan Mariana, Tagum, Filipina pada jam 5.12 petang tadi, hanya 2,842 km dari timur laut Sabah.

Kejadian ikan melompat di Lahad Datu ini mungkin kelihatan pelik dan aneh. Mengapa ikan-ikan kecil ini seolah-olah berlumba membunuh diri secara melompat naik ke daratan ?  Apakah yang mendorong ikan-ikan kecil ini nmeloimpat ke daratan ? Mungkinkah sistem deria mereka terganggu oleh frekuensi yang terhasil dari getaran gelombang awal Tsunami  dan menyebabkan ikan-ikan ini melompat ke daratan untuk mengelakkan sistem deria mereka “bingit” ?  Atau, adakah ikan-ikan ini berkorban nyawa mereka semata-mata untuk memberitahu kepada khalifah di dunia akan malapetaka yang bakal hadir.

Diharap penduduk sekitar pantai di Sabah mengambil langkah berjaga-jaga dan mengambil ikhtibar kejadian Tsunami 9 tahun yang lepas. Sama-samalah kita berdoa agar tidak berulang kejadian Tsunami ini.

Kampung Tambisan, Lahad Datu

Kelihatan ikan-ikan kecil melomapat-lompat naik ke daratan.

Ini pula kejadian yang berlaku di Pantai Dumyat, al Jadidah.

Jutaan Kerang Dipantai Dumyat al Jadidah, Egypt
Sumber dari Facebook Syah Akasyah

Sumber info asal :

You’re the VOICE ‏@Imann_Fingers (Pakar Twit yg pedas-pedas)

Advertisements