Intrepretasi Lagu Biru Mata Hitamku – Loloq

29 10 2008

NOTA :
Kupasan ini hanyalah interpretasi penulis dan tidak melambangkan maksud sebenar yang ingin disampaikan oleh penulis lirik lagu ini.

Biru Mata Hitamku
// Biru itu bermakna biru mata Anwar ? Sanggup menyokong Anwar jika dia pasti adalah pihak yang benar dan berani mati untuk menegakkan keadilan.

Mana bukti kata sakti
Kau laungkan oh ho
Mana panji perjuanganmu semalam
//
Bertanyakan mana keajaiban atau prinsip yang digunakan. Mengharapkan apa diperjuangkan selama ini akan cepat-cepat menjadi kenyataan bersama panji atau prinsip yang tetap ikhlas, sabar dan benar (Surah al-Asr, ayat 1-5).

Mana kesan cinta agung
Kau talunkan oh ho
Mana teman ingin juga ku saksikan
// Bertanyakan kemana perginya mereka yang menyokong perjuangannya sebelum ini.

Aku damba kebebasan
Biar pahit biar pedih
Biar biru mata hitamku
// Inginkan kebebasan / merdeka yang sebenarnya walaupun terpaksa hadapi kesusahan (hitamku = kesusahanku) sehingga menerima kesan biru lebam pada bahagian mata (biru mata).

// Saya mentafsirkan “biru mata hitamku” terdiri dari dua frasa iaitu “biru mata” dan “hitamku”. Ia juga mungkin bermaksud bahawa manusia yang ingin merdeka terpaksa menerima persepsi yang mengatakan diri mereka hilang jati diri kerana berkawan dengan orang putih.

Mana pedang sejahtera
Kau hunuskan oh ho
Mana hilang oh kemana wahai teman
// “Pedang” bermaksud “ketegasan” manakala “sejahtera” bermaksud “selamat”. Maka “Pedang Sejahtera” bermaksud “ketegasan yang dapat diterima tanpa prejudis dari pihak lain”. Bagaimanapun ketegasan ini rupanya mengundang bahaya yang tidak dapat dihidu.

Aku rela menemanmu
Dalam sulit dalam sepi
Andai engkau tak takut mati
// Rela untuk sama -sama memperjuangkan tetapi terpaksa secara sulit dan tidak diketahui kerana keadaan yang memaksa.

Aku rela mengekormu
Dalam ribut dalam kabut
Andai engkau tak jadi takut
// Namun, bila saatnya tiba, rela untuk menjadi pengikut walau dalam keadaan yang tidak terkawal andainya pejuang tidak gentar hadapi apa-apa sahaja musibah.


Tindakan

Information

Tinggalkan komen