Interpretasi : Lirik Jentayu – Tongkat Warrant

20 07 2008

Satu Interpretasi : Jentayu

Salam semua, saya akan cuba mengupas apakah yang ingin dinyatakan dari lagu Jentayu ini. Ini adalah interpretasi saya untuk semua dari satu kelainan pentafsiran, demi cinta untuk semua !

Lagu : Johan Nawawi
Lirik : Allahyarham Usman Awang (Tongkat Warrant)
Penyanyi : Shiela Majid & Nora
Penerbit (Published by): Musicworks
Produksi (Produced by) : Roslan Aziz Production

Jentayu

\\ Saya belum menggoogle sepenuhnya tentang burung Jentayu. Bila di”mabuk”kan fikiran, saya mendapat tiga tafsiran “karut-kerut” iaitu : Jentayu = Jentera Melayu, Jentera Ayu (Pejuang Wanita) dan Jeneral T’Akhir Melayu.

Di paruhmu kemilauan sinar

\\ Senjata yang digunakan baik mata pedang ataupun mata pena berdasarkan prinsip berprinsip yang “Haq” atau benar

Menyepuhi sejuta rasa
\\ Memulihkan jiwa semua

Kemuliaan di hatimu
\\ Niat dan perbuatan yang ikhlas : Kerana Allah

Bening budi terdampar di jagat raya

\\ Apa yang dilakukan masih belum terlihat sepenuhnya oleh mereka yang tidak mampu memandangnya

Di sayap taufan kau jelajahi
\\ Berani untuk berjuang walau dalam pentas / gelanggang pertarungan yang amat kejam

Awan gemawan membawa rindu
\\ Mereka yang dapat melihat ditafsirkan sebagai awan kerana sifatnya yang meneduhkan dan menangiskan hujan rahmat. Mereka ini adalah para-para solehin & solehah yang bibir tidak pernah kering melafazkan doa untuk perjuangan pejuang-pejuang Islam. Tanda-tanda kenabian Nabi Muhammad S.A.W juga salah satunya dikaitkan dengan awan yang memayungi baginda.

Kasihmu menentangi kezaliman
Ketidakadilan
\\Cintanya para pejuang demi untuk mempertahankan bangsa dan agama. Mereka melawan segala bentuk kezaliman (baca : ketidakadilan dalam membuat sesuatu keputusan = berat sebelah = meletakkan sesuatu tidak pada tempatnya yang sepatutnya)

( korus )
Jentayu
Patah sayap bertongkat paruh
\\ Sayap : Jasad seluruhnya terutama kudrat 4 kerat (tangan dan kaki)
\\ Paruh : Kata-kata / tulisan / karya seni sepenuh ikhlas

Jentayu
Patah paruh bertongkat siku
\\ Siku : Kudrat empat kerat yang masih tersisa

Jentayu
Patah siku bertongkat dagu
\\ Dagu :
Kata-kata / tulisan / karya seni yang masih berbisa

Jentayu
Patah dagu bertongkat kuku
\\ Kuku : Istiqamah hati. Senjata yang paling terakhir (juga paling ampuh : kuku adalah penting untuk spesies burung memantau dengan mencengkami dahan yang atas), maka apabila menggunakan kuku maka jasad Jentayu pasti telah mencecah tanah setelah bertarung di udara bebas penuh ikhlas.

\\ Uniknya lirik ini mempunyai frasa “Tongkat” seperti mana Nurbisa a.k.a. Loloq untuk lagu Berikan Nurbisa. Seperti lagu ini bagai mencerminkan perjuangan mereka berdua !

\\Tafsiran Korus Secara Pukal : Pejuang yang sebenar tidak akan gentar dan mengaku kalah, mempertahankan yang haq (untuk yang layak). Pejuang sebenar (terpilih) pasti dikurniakan ilham sejuta cara. Akhirnya jika ditakdirkan menitiskan darah terakhir, maka cintanya telah dijulang ke langit diraikan dan diiringkan oleh para malaikat bersama tasbih tiada tara.

Pinjamkanlah hatimu
Untuk semua
\\ Semoga sejarah pejuang yang tiada atau masih ada akan melahirkan pejuang-pejuang lain yang lebih hebat. “Fussion Reaction” / Rantaian Teori Domino.

( ulang korus 2X )

Pinjamkanlah syahdumu

\\ Bisakah kita merasai nikmatnya perjuangan mereka ? Tiada syahdu yang lebih agung dan damai di hati selain dari perjuangan kerana Allah S.A.W ! Syahdukan dirimu dengan ingatan yang sentiasa “echo” akan kasih sifat-sifat-Nya. Pelajarilah Asmaa’ul Husna dan carilah guru yang MURSYID.

Marilah kita sedekahkan al-Fatihah kepada Allahyarham Usman Awang & semua muslim yang hidup dan telah meninggalkan kita.

“Harimau mati meninggalkan belang, manusia mati meninggalkan permata, cuma perlu digilap : pada mata kita agar terang menyaksikan keindahan permata itu. Mata nilai Permata”

Silakan juga untuk membaca interpretasi saya yang lain :

Interpretasi Lirik “Meniti Titian Usang” – Search
Dakwah Allahyarham Loloq Menerusi Aduh Saleha
Interpretasi : Lirik “Jentayu” – Tongkat Warrant
Sebalik Lagu Haring yang Nyaring – aLi !

Fairuz Hafeez
Mentafsir Demi Cinta


Tindakan

Information

2 responses

22 08 2008
Satu Kelainan Pemikiran » Blog Archive » Sebalik Lagu Haring yang Nyaring - aLi !

[…] Silakan untuk membaca interpretasi saya yang lain : Interpretasi : Lirik “Jentayu” – Tongkat Warrant […]

15 11 2013
Dakwah Allahyarham Loloq Menerusi Aduh Saleha | Fairuz Hafeez

[…] “Meniti Titian Usang” – Search Dakwah Allahyarham Loloq Menerusi Aduh Saleha Interpretasi : Lirik “Jentayu” – Tongkat Warrant Sebalik Lagu Haring yang Nyaring – aLi […]

Tinggalkan komen